"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

_ DiSebalik Penjara Pudu
Feb 28, 2008
MENGAPA PENJARA PUDU DITUTUP. ADAKAH ADA KISAH DISEBALIKNYA? IKUTI KISAHINI....

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir".
Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.
Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.
Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan,mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpadibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.
Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir"itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliauterdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanyaitu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambinghitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada di kawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.
Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau di dalamnya jika terlihat akan kambing tadi.
Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapatibanyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, "Heyy manusia!!. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itubukan kauuu yang punyaaaa " " Ahmad Albab yang punyaaa " Ha Ha Ha HaHa " Ya!!,Ahmad Albab yang punyaaa... " udah tu........ piii buat keja.
Terimakasih kerana membaca *aku just copy n paste
Janganlah engkau menjadi lemah daripada seekor ayam jantan,
ia telah berkokok pada waktu pagi hari,
sedangkan engkau pada ketika itu masihterbaring di atas katilmu.
SUDAHKAH ANDA MENGERJAKAN SOLAT?

Labels:

posted by faQirilallah @ 2/28/2008 03:10:00 AM   0 comments
SAYA BAPAK KU!! PangGG!!
Assalamualaikum suma,

Actually hari ni aku rasa nak bg cerita tentang laen skit, ni nak habaq satu kisah yg aku dpt time g kursus perguruan kat teluk rubiah, area pangkor time muda2 dulu. huhuhu. yg bagi aku cite ni seorg pakar kaunseling, namanye aku pun dah lupe ler.. sape ntah..er... abaikan la nama dia tak masuk dlm soalan final exam pun..
begini ceritanyer...lebih kurangla aee...


Tersebut la kisah...,
Dizaman dedulukala lipit,di sebuah negeri yang ntah berantah kedududkannya dlm peta dunia, tinggallah sebuah family bapak tunggal kepada 5 org anak. Dalam kelima-lima orang anak si bapak ini yang bongsulah ni paling lincah, kreatif dan nakal (nakal bdk2 la, bkn nakal org beso)...hmmm, SemeOn namanya .

Nak jadikan cerita pada suatu pagi yg indah dan damai, SemeOn terbangun awal dari abang-abangnya yang lain. Dilihat Ayahnya tiada dan dia seakan-akan pelik. "mana bapak nih, Mm bior lew" katanya. Melihat abang-abangnya yang asyik tengah syok tido dia pun berjalan ke luar rumah dengan niat nak menikmati keindahan udara pagi, ops ye umur si SemeOn ni baru 6 tahun. huhu.. di time tadika le kot, tp time ni tadika takde lagi..

Tiba-tiba dia terfikir sesuatu yang boleh masuk dek akal, dia bercadang nak mengenakan abang-abangnya. "selamanya ini mentang-mentang aku yg bongsu slumber-slumber korang buli aku ae, hari ini aku akan pastikan dendam kesumat aku terbalas, bersedialah wahai abang-abangku, hahaha" bisik hati kecil SemeOn. Dia pun berjalan di sekeliling rumah demi mencari apa yang perlu dilakukan untuk merialisasikan impiannya...

Pusing punya pusing, pusing pusing dia pun pening..Tiba-tiba, langkahnya terhenti...(ewah mcm lagu kamelia_Sweet charity plak)Semeon terpandang sebuah jamban yang berada diatas sungai yang berada 100meter dari rumahnya... Dimana jamban tersebut digunakan oleh bapak dan abang-abang semeOn ni untuk melepas... Yang semeOn ni kan kecik lagi so dia punya port melepas merata-rata la.

*erm korang dapat bayangkan tak jamban atas sungai camner?? huhu ala jamban orang dulu-dulu. yang ada atas sungai pastu ikat dgn tali, kalau time melabur jamban tu dibiar bergayut-gayut diatas sungai dalam keaadaan tertambat di pokok...Orang dulu panggil jamban babai, ye la babai la kat saham-saham yang pergi mengikut arus air sungai tu.. faham ae, klu tak sure jgk msg aku bgtau nanti aku terangkan lagi...

Terpancul satu idea yg bernas di kepala otak si SemeOn ni, dia bercadang untuk memutuskan tali jamban tu supaya abang-abangnya tak dapat melepas. Tanpa membuang masa si SemeOn ni berlari kedalam rumah mengambil parang kontot dan terus berlari ke sungai memotong tali yang menambat jamban babai tu. sambil membabai jamban tersebut dia memerhatikan jamban tersebut mengikut arus sungai yang herot petot seakan-akan memerhatikan bola golf yang baru dipukul. "HAHAHAHA padan muka abang-abang aku, lepas ni korang takde tempat nak berak".
Kemudian SemeOn berlari ke rumah dan terus tidor bersama abang-abangnya kembali seolah-seolah dia belom bangun dari tido dan takde apa-apa yang berlaku.. ala kira muslihat la ni, nak cover tak nak bagi syak..


Pabila sang matahari terpacak, SemeOn tak pun bangun dari tidornya dan Bapak kepada 5 beradik ni pun pulang... peliknya hanya berkain pelikat atas pusat sahaja dan kaen penutup kepala.

Tanya si Sulong "Ai bapak dari mana hensem-hensem ni".
Jawab si bapak " hensem tengkorak berbelang kamu, panggil semua adik-adik kamu berkumpul, cepat!! huh".
Si Sulong membisik "Lain mcm je bapak nih, period ke hape."

Lalu si sulong memanggil adik-adiknya berkumpul dan diakhiri SemeOn datang dengan terkebil-kebil menggosok mata konon dah sehari suntuk tidor, (pandai ye ko MeOn).

"Ni bapak nak tanye, siapa yang pergi potong tali tambat jamban pagi tadi??"
Kesemuanya seakan-akan pelik,"Mana kami tahu bapak, kami semua baru bangun tidor, saya bangun terawal tadi tengok adik-adik tidor lagi, dan kejutkan diorang suruh mandi." Bersuara si Sulong..

"Ha'ah la bapak Meon pun baru bangun ni... mandi pun tak lagi..." sampuk SemeOn

Memandangkan si Sulong anak yang dipercayai, terus si bapak menjawab, "Hmm baiklah".. Termenung si Bapak sesaat..
"Fuh!! selamat aku" bisik hati kecil SemeOn.

'Haaa memandangkan korang dah berkumpul nih ayah ada satu cerita, nak dengar tak" semua menjawab " nak.. nak"

Si Bapak pun bercerita " Ayah pernah cakapkan yang Bill Clinton tu President US kan??"

Angah menjawab" ha'ah ye angah ingat"

Si Bapak menyambung, " Masa Bill Clinton kecil2 dulu, dia ni seorang yang nakal, cerdik, dan PEKA. Dia ni selalu je ada idea nak kenakan kakak-kakak dan abang-abang dia, sbb dia tu selalu kena buli."

"Macam aku le tu.. huhu"bisik hati SemeOn

Bapak: "Satu pagi Bill Clinton keluar bermain di tepi rumahnya, dia terlihat pokok cherry yang selalu dipanjat oleh abang-abang dan kakak-kakaknya, dan dia tidak pernah pun dapat memanjatnya kerana masih kecil.

Oleh kerana itu, dia pun terasa cemburu dan bercadang untuk memotong pokok cherry tersebut supaya abang-abang dan kakak-kakaknya tak dapat memanjatnya lagi. Lalu Bill Clinton terus pergi ke stor rumahnya dan mengambil gergaji lalu memotong pokok cherry tersebut.
Dan selepas itu Bill Clinton masuk kerumah dan tidur disisi abang-abangnya.


Tatkala tengahari ayah Bill Clinton memanggil kesemua anak-anaknya, lalu bertanyakan siapakan yang memotong pokok Cherry tersebut, Bill Clinton bangun berdiri lalu mengangkat tangan kanannya sambil berkata," SAYA MY DAD"

Dan bapak Bill Clinton ni bertanya " Why".Clinton menjawab " becouse i'm so jelouse with my brother's and sister's, saya cemburu diorang dapat panjat pokok itu sedangkan saya tidak tambah plk diorang mengejek-ngejek saya dari atas pokok dan membaling biji-biji cherry kepada saya""Syabas anakku , kamu jujur dan bertanggungjawab atas apa yang kamu lakukan." kata bapak Clinton sambil menyeluk poket dan mengeluarkan wang USD 10.

Dan Bill Clinton terus menjadi anak kesayangan Bapaknya dan cemburulah abang-abang dan kakak-kakak Bill Clinton. Maka akhirnya sekarang Clinton telah pun menjadi President US.Tamatlah cerita Bill Clinton tu."

"uik dapat duit USD 10 pastu bapak sayang pastu abang-abang jeles, last-last jadi President. huuhuhuhuhu bestnyer..." bisik Seme0n dalam hatinya.

" Eh bapak nak tanye nih sapa yang potong tali tambat jamban tadi....???" sambung si Bapak

Di tengah-tengah abang-abangnya SemeOn pun bangun, dan berjalan ke arah bapaknya dan menjawab " SAYA BAPAK KU" sambil merenung bangga kepada abang-abangnya.."wek wek dapat duet,bapak syg aku nanti, pastu nanti jadi presiden."

Si Bapak bertanya, " Kenapa Meon buat macam tu??"

SemeOn menjawab dengan Selumber " Saje bapak, bior padan muke abang-abang Meon tak dapat berak, diorang selalu buli Meon. wek wek!! padan muka" sambil menjuih mulutnya kepada abang-abangnya.

PANG!! satu lempangan tertempek ke muka Seme0n. Terkejut dan terkasima semua yang ada disitu..

"aduss!! nape bapak ni, Bill Clinton dapat duit bile dia ngaku, ni meOn mengaku dapat Lempangan siap berBAU plak tu..waaaaaaaaaaaaaaaaaa"

weh agak-agak korang la kenapa Me0n tu kena lempang.. hikhikhik.. Me0n.. Me0n..

"Owh Bill Clinton!! kamu tahu, Bill Clinton potong pokok tapi dia PEKA. Dia pastikan abang-abangnya atau sesiapa takde kat atas pokok tu, Ni kamu Me0n main potong je tali tu, Me0n tau berapa lama bapak hanyut di sungai pastu berbatu-batu cari jalan balik......." Tegas si bapak dengan nada marah.

Me0n kelu seribu bahasa.............

SEKIAN dr aku

Labels:

posted by faQirilallah @ 2/28/2008 02:27:00 AM   0 comments
12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG
Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Barangsiapa yang mengabaikan solat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang merbahaya ke atasnya.

Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :-
* Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.

* Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
* Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :
* Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
* Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
* Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :-
* Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
* Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
* Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :
* Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
* Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
* Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

Labels:

posted by faQirilallah @ 2/28/2008 02:18:00 AM   0 comments
KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S
Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata;
"Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

* Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.


* Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.

* Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

* Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

Labels:

posted by faQirilallah @ 2/28/2008 02:06:00 AM   0 comments
ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"
Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum"
yang bermaksud: " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu."
Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."
Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

Labels:

posted by faQirilallah @ 2/28/2008 02:02:00 AM   0 comments
RAHSIA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG
Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."


Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air.
Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Labels:

posted by faQirilallah @ 2/28/2008 01:57:00 AM   0 comments
BALASAN MENINGGALKAN SOLAT
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata;
"Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu;
"Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.
Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W,
"Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu,
"Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.

Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
(adus kena kat aku)

2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

Labels:

posted by faQirilallah @ 2/28/2008 01:50:00 AM   0 comments
BINATANG YANG BERNAMA HURAISY
Dikisahkan dalam sebuah kitab,
bahawa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekor binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy,
yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.

Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"

Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."

1. Orang yang tidak mengerjakan solat.

2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.

3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.

4. Orang yang suka minum arak.

5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.

Labels:

posted by faQirilallah @ 2/28/2008 01:46:00 AM   0 comments
KESABARAN SEORANG PEREMPUAN
Feb 27, 2008
Ata' bin Abi rabah berkata,
Ibnu Abbas r.a telah bertanya kepadanya, "Mahukah aku tunjukkan kepada engkau seorang perempuan ahli syurga ?"
Jawab Ata', "Bahkan, siapakah perempuan itu ?"
Ibnu Abbas berkata, "Perempuan hitam itu telah menemui Rasulullah s.a.w mengadu ia telah dirasuk."
Sabda Rasulullah s.a.w kepada perempuan itu:
"Jika engkau tahan dan sanggup bersabar maka syurga bagimu, sekiranya engkau tidak tahan dan tidak sanggup bersabar aku akan mendoakan engkau supaya engkau pulih segar."

Jawab perempuan itu, "Aku tahan dan sanggup bersabar (maka baginya syurga) sekian tercatit dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim.
Dari sini dapatlah kita satu keterangan, bahawa penyakit sarak atau rasukan bukanlah ia sesuatu yang baru tetapi telah diketahui sejak zaman berzaman dan zaman Nabi dan sahabat.

Labels:

posted by faQirilallah @ 2/27/2008 09:13:00 PM   0 comments
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com