"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

Jangan Melaknat @ Mencela Orang Lain (walaupun Non Muslim)
Jun 12, 2014
Semasa di dalam Pengajian Akbar Hidayatus Salikin di Masjid Wilayah Persekutuan baru-baru ini, Syeikh Fahmi Zamzam (Abu Ali al-Banjari an-Nadwi al-Maliki) berpesan :

"Jangan melaknat orang lain (walaupun orang tersebut bukan Islam) kerana hal ini menjauhkan ianya dari Rahmat Allah Ta'ala. Sebaliknya doakan mereka, kemungkinan dengan doa tersebut ia akan dapat hidayah daripada Allah pada masa akan datang."

Contoh :
Seandainya Si A mencuri selipar kita diluar masjid, kemudian kita mendoakan kecelakaan (melaknat) untuknya. Dan dengan sebab doa tersebut ditakdirkan Si A mengalami kemalangan dan cacat anggota badan.

Di hadapan Allah Ta'ala nanti (hari akhirat), Si A akan meminta pengadilan. Katanya :
"Ya Allah, Tuan punya kasut hanya kehilangan kasutnya kerana dicuri oleh aku, tetapi aku telah kehilangan anggota badan oleh kerana doanya yang melaknat aku. Aku minta pengadilanMu Ya Allah."

Sebagai tambahan dari saya untuk difikirkan bersama,
Oleh kerana Si A mengalamai kecacatan anggota badan dengan sebab doa kita, dan Si A ditakdirkan telah kehilangan kerja. Kemudian hidupnya dan keluarga tidak dapat diurus dengan baik. Dan akan mengakibatkan lagi banyak kesan-kesan negatif.

Berbeza jika kita mendoakan Si A (yang mencuri kasut kita) diberi hidayah dari Allah. Sekiranya ia bertaubat berkat doa kita tadi dimaqbulkan Allah. Akhirnya dia menjadi Orang Soleh dan dikurniakan syurga.. Nanti dihadapan Allah Ta’ala, tidak mustahil Si A akan menarik kita masuk bersamanya ke dalam Syurga.

Tambah Syeikh Fahmi Zamzam, melaknat @ mendoakan kecelaan kepada Umum, dibolehkan. Contohnya : "Semoga Allah melaknat golongan yahudi."

Berkata Sayyidina 'Ali Karramallahu wajhah : 
"Aku tersilap daripada tidak menghukum, lebih baik daripada tersilap menghukum".

Kita boleh lihat dengan beberapa isu semasa yang hangat diperkatakan, antaranya Isu DNA Babi terhadap coklat Cadbury. Berapa ramai yang saling salah menyalahkan, tuduh menuduh dan sebagainya. Malah melablelkan golongan Ulama kepada perkara yang tidak sepatutnya. 

Begitu juga dengan isu amalan di bulan Sya'ban. Saling menyalahkan antara pihak dan menghukumkan bid'ah terhadap pihak lain. Ini bukanlah apa yang dianjurkan oleh Islam.

Mudah-mudah kita diampunkan oleh Allah Ta'ala.

* Mohon maaf kerana kemungkinan terdapat olahan ayat menurut kefahaman diri saya yg kurang ilmu ini.. Mudah2an begitulah apa yang dimaksudkan oleh Syeikhuna Fahmi Zamzam.

Mohon teguran dan tunjuk ajar daripada Tuan2 Guru Yang Mulia.

La'alla Sowab, Wallahu'alam.

Labels:

posted by faQirilallah @ 6/12/2014 02:40:00 PM   0 comments
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com