"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

Sedih juga takut
Jan 30, 2008
Haiyul Asyir,Kaherah_
30jan2008_2.52pm

3,4 action!!

Ade org, dia mnyampah baca artikel2 @ penulisan yg mcm ni. Ape pun terpulang kepada diri individu. Klu nak tau mcm2 sure la dgn membaca. lecturer aku selalu kata: "Jangan asyik tggu kita disuap dan seterusnya disuap, belajarlah menyuap sendiri...". dan aku rasa kata-kata ni juga familiar kat telinga korangkan.. So ambiklah iktibar.

Hmm kat cni nak cite skit ttg ketidakredhaan hati dgn fahaman-fahaman @ isme-isme yg kian menular di Negara yg dicintai yg familiar dgn nama negara Islam Hadhari. Rasanya tak perlulah pergi jauh-jauh @ dalam-dalam, cukuplah difokuskan kepada fenomena perfileman @ siaran televisyen yang sering menjadi tumpuan tak kire peringkat umur, kanak-kanak, dewasa, remaja dan retua semua ada.. ha betoi aaa..

Rasanya korang tentu bersetuju jika dikatakan bahawa siaran-siaran TV ini bukan sedikit malah banyak membantu dalam membangunkan minda dan cara hidup kita, Right??

Suatu ketika dahulu, Malaysia pernah dilanda fenomena Bawang Putih Bawang Merah versi Indonesian. Terang lagi bersuluh cite yg bolleh mnyesatkan akidah umat manusia, ntah dari mana dtgnya si peri-peri tu...Huh.... dengan berkonsepkan fahaman Liberalisme. hmmm.. Dan Alhamdulillah cite tu dah pun tamat..


Eh korang pernah tgok cite "Dunia Baru" tak, cite yg tengah top bagai nak rak di TV3 kt Malaysia dan menjadi kegilaan semua lapisan umur, termasuk yang berada di Mesir ni dan termasuk la aku. Best gak tgok cite tu tambah plak ade kudap-kudap yg menjadi santapan..wow!! tgok la ramai-ramai ye.. Hmm tak lama lg akan di tayangkan di pawagam.
Tapi jangan la tengok semata-mata tengok, ambik la iktibar sama.

Ape yg aku nampak la, dalam tu terdapat liberalisme, kapitalisme & komunisme, dan tak lupa juga skularisme..

1. Unsur Liberal dlm cite ni : kebebasan watak2 dalam mengamalkan sistem kehidupan (life style yg konon stylo) yang memang lari tuntutan Islam. Ingat skit tujuan manusia berada di dunia ni!!

Dalam cite ni juga memperlekehkan minda org yg memakai tudung, yang kononnya selekeh tak reti memasak dan kemas rumah, letak seluar dalam merata2, kawen lari (yg kononnya tak berfikir panjang), jumud (itu tak boleh & ini tak boleh), menyusahkan, memalukan dan sebagainya. skit2 canang "KBER...KATAN". perlu ke??
Dan ade ke org mcm tu.. nak wat cite pun biar la logik n naikkan image org bertudung bukan merendahkan.. Dan dlm cite ni juga mendedahkan anak yg menipu ibunya yg kononnya utk kebaikan dirinya. dan juga mendedahkan anak yg sanggup memulau ibunya yg kononnya nak memberi pengajaran.. betol ke cara tu.. Hormat ibubapa ke mcm tu..

2.Unsur Kapitalisme dan komunisme di dlm cite ni :
Dapat dilihat, ada watak-watak yg mementingkan metarial semata-mata utk keperluan hidup seharian dan terdapat juga watak-watak yg mementingkan business melebihi dari segala2nya yg kadang2 mengambil keuntungan yg untuk dirinya tanpa memikirkan org lain dan terkadang menindas.

3.Skularisme dlm cite ni: Terang lg bersuluh dlm cite menunjukkan yang Islam hanya diamalkan dalam urusan agama sahaja. Dpt dilihat ketika masuk masjid tau pulak bertudung, kononnya nak menghormati la ae, bila kat luar tak pulak. Allah hanya ada kat masjid ke!!

Dan byk lagi yg boleh kita lihat dalam siaran-siaran TV betapa terdedah dan tercemarnya minda masyarakat Melayu yg akhirnya menyebabkan Islam dperlekeh-lekehkan dan ditindas.

Remehkah perkara ini...!!

Inilah dia sebahagian drpd serangan pemikiran yg dilakukan oleh cendiakawan-cendiakawan Barat dalam agenda membalas dendam kesumatan dan hasad dengki meraka dalam kekalahan mereka ketika peperangan Salib. Tujuan mereka ialah menguasai manusia, menindas orang Islam seterusnya menghilangkan Islam dimuka bumi ini.
Jadi apa khabar masa depan kita & anak cucu kita nanti..??

Labels:

posted by faQirilallah @ 1/30/2008 08:40:00 PM   0 comments
Malaikat mu
Jan 29, 2008

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia.

Dia bertanya kepada Tuhan : "Para malaikat disini mengatakan bahwa besok engkau akan mengirimku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana, saya begitu kecil dan lemah"?

Dan Tuhan menjawab :
"Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu."

Bayi itu berkata : "Tapi disini, di dalam syurga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

Dan Tuhan menjawab :
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia."

Tanya bayi itu lagi : "Dan bagaimana saya bisa mengerti saat orang-orang berbicara kepadaku jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"

Dan Tuhan menjawab lagi :
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan bagaimana cara kamu berbicara."

Bayi itu bertanya lagi : "Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

Dan Tuhan Menjawab :
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa."

Bayi tersebut bertanya lg :"Saya mendengar bahwa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"

Jawab Tuhan :
"Malaikatmu akan melindungimu, walaupun hal tersebut mungkin dapat mengancam jiwanya."

Sambung bayi itu lagi : "Tapi, saya pasti akan merasa sedih karena tidak melihatMu lagi."

Jawab Tuhan :
"Malaikatmu akan menceritakan padamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan selalu berada di sisimu."

Saat itu Syurga begitu tenangnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar dan sang anak bertanya perlaha : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Engkau memberitahuku nama malaikat tersebut ?

Tuhan Menjawab :
"Kamu akan memanggil malaikatmu, IBU."

*Ingatlah selalu kasih sayang IBU, berdoalah untuknya dan cintailah dia sepanjang masa.

Labels:

posted by faQirilallah @ 1/29/2008 05:39:00 AM   0 comments
Tuhan Tidak Wujud ??
Seorang lelaki sedang mengunting rambut di kedai gunting rambut...
Si Pengunting itu pun berceritalah tentang pelbagai isu semasa, sehinggalah sampai kepada isu tuhan...

Si Pengunting rambut itu pun berkata:"TUHAN TIDAK WUJUD..."

Tercenggang lelaki yang digunting rambut itu.. lalu ia pun bertanya kepada pengunting rambut itu: "kenapa tuan berkata sebegitu..."

Pengunting rambut itu menjawab: "kalau lah tuhan memang wujud, kenapakah masih ramai yang mati kebuluran, ramai yang masih tidak ada tempat untuk tinggal, yang hidup merana dan kanak kanak tidak berdosa yang miskin."

Sambungnya lagi: "Kalau Tuhan ada, sudah semestinya tuhan tidak akan membiarkan ini berlaku... maknanya, sudah semestinya tuhan tidak wujud..."

Lelaki itu termenung sekejap, tidak mahulah dia bergaduh mencari pasal dengan Si tukang gunting rambut itu.. Apabila rambutnya siap digunting, lelaki itu membayar dan berjalan keluar..

Diluar kedai itu, lelaki itu terserempak dengan seorang lelaki berambut panjang, berkumis tebal dan berjanggut serapah...Lelaki itu pun masuk kembali ke kedai gunting rambut itu dan berkata: "TUKANG GUNTING RAMBUT TIDAK WUJUD..."

Terkejut si Tukang gunting, lalu marahi lelaki tersebut :"Kan aku baru saja memotong rambut engkau, mencukur jambang engkau dan menipiskan kumis engkau? Jadi mestilah aku wujud.... "

Lelaki itu pun menarik tangan tukang gunting itu dan menunjuk kepadanya lelaki yang berambut panjang, berkumis tebal dan berjanggut serapah itu tadi, sambil berkata, " Kalau tukang gunting wujud, takkan pula masih ramai lagi orang yang rambutnya tidak bergunting, misainya terbiar dan janggutnya tidak tercukur? Mesti tukang gunting tidak wujud!"

Sambungnya lagi: "Sebenarnya Tukang gunting itu wujud, macam tuhan juga wujud... tetapi ramai yang tidak tahu untuk berjumpa dengan tukang gunting maupun tuhan.. mereka lupa bahwa tuhan sentiasa ada, tetapi mereka tidak mencari Tuhan... mereka lupa untuk berdoa dengan tuhan...mereka yang melupakan tuhan... itu saja..."

Jadi ingatlah Allah tuhan kita,Allah sentiasa ada dan sentiasa menanti doa-doa kita..

Labels:

posted by faQirilallah @ 1/29/2008 04:53:00 AM   0 comments
Mengapa Berkahwin
Jan 28, 2008
Membendung Perbuatan Maksiat

Rasulullah s.a w bersabda yang bermaksud:
"Wahai para pemuda, barang siapa di antara kamu ada yang telah sanggup berkahwin, maka berkahwinlah, kerana sesungguhnya berkahwin itu dapat , menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Tetapi barangsiapa yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, sebab berpuasa itu sebagai benteng (dapat menahan nafsu)"

Mata adalah punca perbuatan maksiat. Bila pandangan dilepas dan terlihat sesuatu yang menarik (wajah perempuan, dan lain-lain) nafsu akan meledak dan mendorong syahwat.

Pandangan adalah umpama panah yang terlepas dari busar panah iblis, bila mengena pada sasaran, implikasinya sangat merbahaya! Supaya syahwat tidak bergelojak, individu yang tidak mampu berkahwin digalakkan berpuasa, keranadengan berpuasa, kadar gelodak nafsu dapat diturunkan.

Sunnah Nabi

Kahwin adalah sebahagian daripada sunnah Rasulullah s.a.w yang patut dicontohi.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa yang tidak menyukai sunnahku, ia bukanlah dari golonganku. Sebahagian dari sunnahku adalah berkahwin, oleh kerana itu siapa yang mengasihiku hendaklah ia melaksnakan sunnahku".

Mendapatkan Zuriat

Salah satu tujuan berkahwin adalah untuk mendapat zuriat yang soleh. Dengan memiliki anak yang soleh itu ibubapa akan mendapat pahala yang mengalir dalam kuburnya berkat doa anak-anak.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Apabila seseorang manusia telah meninggal dunia, putuslah semua amalnya kecuali tiga sahaja, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa untuknya".

Sekumpulan orang perempuan datang menghadap Rasulullah s.a.w. untuk minta nasihat dari beliau.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Setiap perempuan di antara kamu yang melahirkan tiga orang anak, maka mereka (anak-anak itu) akan menjadi penghalang baginya dari api neraka".
Perempuan-perempuan itu bertanya: "bagaimana kalau melahirkan dua orang anak?".
Rasulullah s.a.w. menjawab: "Ya, dua orang anakpun demikian juga".

Meramaikan Umat Islam

Bila orang Islam berkahwin, maka akan lahir pulalah generasi yang baru dan meneruskan perjuangan umat Islam. Dengan itu dunia ini tidak akan pernah kosong dari umat Islam.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ertinya: "Berkahwinlah kamu agar dapat melahirkan keturunan. Sesungguhnya saya akan berbangga pada hari kiamat jika kamu menjadi umat yang teramai (daripada umat-umat lain)".
_(H.R.Al-Baihaqi)

Allah s.w.t. berfirman:
Ertinya:
"Tuhan telah menjadikan dari kamu itu pasangan suami isteri dan dari pasangan suami isteri itu pula lahirnya anak-anak dan cucu-cicit (keturunan yang banyak)". _(Q.S. An.Nahl, 72)

Gandaan Pahala & Berkat

Ibadah orang yang berkeluarga dan dengan ibadah orang yang tidak berkeluarga adalah berbeza di segi pahalanya.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Dua rakaat yang dilakukan oleh orang berkeluarga lebih afdal daripada tujuh puluh rakaat orang yang hidup membujang".
(Dikemukakan oleh Ibnu Ady dari Abu Hurairah termaktub dalam kitab Al_kamil) (Tuhfatul Aris Wal 'Arusy, 67)

Disamping itu pahala seorang laki-laki didapat juga pada semua harta yang digunakan untuk membelanja isteri dan anak-anak, kerana semua harta, fikiran dan tenaga yang digunakan untuk menguruskan keluarga dikira sebagai sedekah.
"Barang siapa yang membiayai penghidupannya sendiri dengan niat isti'faf (tidak meminta-minta belas kasihan orang lain), itu adalah sedekah, dan barang siapa yang membiayai isteri, anak-anak dan sekalian ahli rumahnya adalah sedekah".

Melengkapkan Iman

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Apabila seseorang hamba telah berkahwin, ia telah melengkapkan separuh agamanya, dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah untuk memenuhi kekosongan sebahagian lagi".
_(H.R.Al-Baihaqi)

Tetapi...

1. Klu lepas kawen pun mengatal gak camner?

2. Bab Kawen ikut sunnah Nabi, tapi bab2 lain sebutir pun tak ikut camner?

3. Dapat zuriat pun tak reti nak jaga camner?

4. Meramaikan umat Islam, tapi berfahaman sekular, liberal, plural, watpe?

5. Dapat pahala, tapi klu keluarga yg dibina tak ikut syariat Islam camner?

6. Lengkap Iman, klu bertakwa & mengikut perintah Allah.. Klu tak, pe cite?

* Dalami Islam, IsyaAllah Semuanya Cantekk!!


Labels:

posted by faQirilallah @ 1/28/2008 09:39:00 AM   0 comments
Lelaki Cantik & Wanita Gagah
Kecantikan Lelaki

Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal
tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik . . .

Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikkkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati,
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.


Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah . . .

Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan . . .

Labels:

posted by faQirilallah @ 1/28/2008 09:27:00 AM   0 comments
Hidup pasti menemui Kematian

...SAAT KEMATIAN...

Lidah kelu di Saat kematian.
Kematian pasti menjelma.
Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.
Cuba kita amati....
mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal) tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya
menahan kesakitan Sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan
kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri,
jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan.
Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak
dan diamkan diri....mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri ....!!!
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan,
Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya
lidah kita semasa ajal hampir tiba....
maka kita tidak dapat mengucapkan
kalimah lailahaillallah...
yang mana sesiapa yg dapat
mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga
untuknya. Dari itu marilah kita
sama-sama menghormati azan,... dan mohon kepada
Allah supaya lidah ini tidak
kelu walaupun nyawa sedang dicabut.

"Ya ... Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah
' لا إله إلا الله "
semasa sakaratul maut menghampiri kami.... amin.. amin.. amin Ya Robbal a'lamin.."

Wassalam

Labels:

posted by faQirilallah @ 1/28/2008 08:56:00 AM   0 comments
Nak tau Mati bile!! meh baca nih..

Tanda 100 hari sebelum hari mati.


Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati


Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita,antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya

.

Tanda 7 hari


Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda 3 hari


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari


Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda akhir


Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Wallahu 'alam...


Labels:

posted by faQirilallah @ 1/28/2008 08:26:00 AM   0 comments
Ingat dapat....
Cadangan Memusnahkan Kaabah Islam Online pada 1 oktober (tahun lalu) melaporkan bahawa seorang penulis Israel yang berbangsa Amerika yang bernama Roven Koret membuat satu cadangan supaya Ka’abah yang merupakan tempat dan pusat bagi umat Islam menunaikan solat lima waktu diroboh dan dimusnah.


Katanya itulah tempat lahirnya para ‘ekstrimist’, ‘fundamnetalist’ dan ‘terrorist’.
Dalam artikel yang bertajuk “Time to Face Mecca” yang disiarkan dalam sebuah majalah Israel, penulis Roven Koret menggesa dimusnahkan segera simbol umat Islam ini. Katanya, “..biarkan mereka kehilangan arah untuk beribadat dan biarkan mereka tunduk kepada Tuhan mereka di atas timbunan tempat yang musnah…”


Asbu’ akhbar mingguan Mesir menyatakan, “Ini adalah satu pandangan bahaya serta ancaman serius yang amat perlu diperhatikan malah semua perlu bersedia menghadapi suatu kemungkinan yang amat buruk dikhuatiri berlaku”.


Menurut Roven Koret, Barat perlu mencari strategi yang dapat membendung kegiatan ‘ganas’ orang Islam di samping berusaha bersungguh-sungguh memusnahkan sistem nilai umat Islam, … “Jika perlu mengebom mereka, bomlah mereka dan tidak ada sebab untuk kita menghalangnya. Begitu juga usaha untuk menjatuhkan Saddam Hussien mesti diteruskan segera. Kerana beliau masih menjadi masalah kepada kita”. Kerja-kerja ini katanya gagal disempurnakan dengan baik oleh George Bush senior dan sudah sampai masanya pula untuk giliran George Bush junior untuk meneruskan misi ini.


Katanya, .. “Di Mekah terdapat dua menara tinggi yang menjadi benteng yang merintangi sebuah kotak hitam yang menjadi tumpuan umat Islam beribadat dan objek serta simbol utama umat Islam untuk bersembahyang..”
Katanya; “Seseorang pun tak akan merasa ragu-ragu untuk menyatakan bahawa dengan kemusnahan simbol umat islam ini pasti akan membangkitkan keresahan yang berpanjangan di kalangan umat Islam..”


Dengan runtuhnya Mekah katanya, ‘kerja-kerja seterusnya’ akan menjadi lebih mudah. Malah katanya Barat perlu merancang dan melaksanakan kerja-kerjanya dari sekarang dengan pelbagai gaya dan bahasa yang boleh diterima umum.


Terjemahan& Analisis Oleh: Lajnah Penyelidikan PUM

Labels:

posted by faQirilallah @ 1/28/2008 08:11:00 AM   0 comments
Dimana Minda Kita
KAPITALISME

Kapitalisme adalah sebuah sistem ekonomi yang falsafah sosial dan politiknya didasarkan kepada asas perkembangan hak milik peribadi dan pemeliharaannya serta perluasan fahaman kebebasan. Sistem ini telah banyak melahirkan malapetaka terhadap dunia. Tetapi ia terus melakukan tekanan-tekanan dan campurtangannya di dalam politik, sosial dan keadaan terhadap bangsa-bangsa di dunia.

Komunisme

Komunisme adalah sebuah aliran pemikiran berlandaskan kepada ateisme, yang menjadikan material sebagai asas segala-galanya. Komunisme menafsirkan sejarah berdasarkan pertarungan kelas dan faktor ekonomi. Aliran ini lahir di Jerman di bawah asuhan Karl Marx dan Engels, kemudian menjelma dalam bentuk revolusi Bolsheviks di Rusia pada tahun 1917 M dengan planing dari Yahudi.

ade lg ni.. wait ya!!

Labels:

posted by faQirilallah @ 1/28/2008 06:45:00 AM   0 comments
Gerakan Orientalisme
Jan 27, 2008


Istilah umumnya, Orientalime ilmuan Barat yg melakukan penyelidikan dan pembelajaran terhadap Dunia Timur dalam semua aspek.

Manakala maksud khususnya pula ialah penyelidikan dan pembelajaran orang-orang barat terhadap dunia Timur Islam dari segi bahasa, sastera, sejarah, aqidah dan syariahnya.

Faktor Perkembangan:


1.Agama


Masyarakat Barat begitu takut dengan kekuatan Islam kerana mereka telah menyaksikan Islam pernah menguasai dunia ini. Selain itu, mereka amat membernci Islam disebabkan perasaan dendam kesumat mereka selepas mengalami kekalahan dalam peperangan Salib. Rentetan daripada itu, paderi-paderi Kristian cuba mengalihkan pandangan orang-orang kristian kepada agama Islam Dengan menimbulkan prasangka yang tidak baik demi menutup keaiban yang mereka alami.


Faktor inilah yang menjadi asas kepada kemunculan dan pertumbuhan orientalisme yang berlangsung begitu lama. Sasarannya antara lain ialah :



a. Menimbulkan keraguan ke atas kerasulan Muhammad s.a.w dan menganggap hadis Nabi sebagai amal perbuatan ummat Islam (bukannya daripada nabi) selama tiga abad pertama.


b. Menimbulkan keraguan terhadap kebenaran al-Qur’an dan memutar belitnnya.


c. Memperkecil nilai fiqh Islam dan menganggapnya sebagai saduran dari hukum Romawi.


d. Menganaktirikan bahasa Arab dan menjauhkannya dari ilmu pengetahuan yang semakin berkembang.


e. Memperkenalkan teori bahwa Islam adalah berasal dari agama Yahudi dan Nasrani.


f.Mengkristiankan ummat Islam.


g. Menggunakan hadis-hadis dha’if dan maudhu’ untuk menyokong pendapatnya dan mengembangkan teorinya.


2. Faktor ekonomi dan penjajahan



Institusi-institusi kewangan, industri-industri mega dan pihak pemerintah sendiri telah mengeluarkan banyak modal untuk kajian-kajian bagi mengenalpasti keadaan negara-negara Islam dengan lebih mendalam . Kajian tersebut sangat digalakkan terutamanya pada masa sebelum penjajahan Barat dalam abad 19 dan 20 M.



3. Faktor politik



a. Melemahkan semangat ukhuwah Islamiyah dan memecah belah ummat untuk membolehkan mereka (orang-orang Islam) dikuasai.



b. Menghidupkan bahasa Arab ‘amiyyah (bahasa pasar) dan mengubah adat istiadat yang diamalkan.



c. Para pegawai di negara-negara Islam diarahkan untuk mempelajari bahasa asing (iaitu bahasa penjajah) agar memahami kebudayaan dan agama penjajah. Tujuannya agar mereka mudah dipengaruhi dan dikuasai.



4. Faktor keilmuan



a. Sebagian orientalis ada yang mengarahkan kajian dan analisanya semata-mata untuk menambah ilmu dan pengetahuan. Sebagian mereka ada yang memahami asas-asas dan roh Islam malah ada yang memeluk Islam, seperti Thomas Arnold yang mempunyai peranan yang besar dalam menyedarkan kaum muslimin dengan bukunya ‘The Preaching in Islam’, dan Dinet yang telah memeluk Islam dan tinggal di Algeria. la menulis, buku Sinar Khusus Cahaya Islam. Ia meninggal di Perancis dan dikebumikan di Algeria.


Perasan atau tidak disebabkan faktor-faktor diatas,sekarang sudah banyak memberi kesan kepada masyarakat Islam di Malaysia khasnya. Perhatikanlah ya!! Dan bagaimana pula dengan generasi yang akan datang.


Ini baru faktor-faktor salah satu gerakan daripada gerakan-gerakan musuh Islam, bagaimanakah dengan yang lain-lainnya dan apa persedian kita mengahadapi mereka??



*adakah maklumat ini membosankan.....

Labels:

posted by faQirilallah @ 1/27/2008 07:30:00 PM   1 comments
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com