Sobahul Khoir kepada muslimin muslimat.. Allahumma Solli 'ala Muhammad". Pagi ni sy nak kongsikan dgn sahabat sekalian tentang mimpi sy pada malam td. Alhamdulillah mimpi sy malam td semuanya baik-baik sahaja. seolah2 petanda kepada sy, namun sukar utk sy tafsirkan. Kepada siapa yang arif dan alim dalam mentafsirnya, diam2 sudah.. hehehe
Mimpi 1.
Ntah macam mana sy berada dalam satu kumpulan ahli persilatan dan juga ahli ibadah.. Perbagai aktiviti persilatan kami lakukan termasuklah kebatinan. Dan apabila tiba waktu solat, kami semua mengabdikan diri kepada Allah Ta'ala. Dan sentiasa mengamalkan zikir
Di dalam kumpulan kami itu terdapat pelbagai jenis orang, yg paling nyata ialah mereka yang ingin cepat kaya. Kemungkinan diantara mereka ada yang menyertai kumpulan ini kerana ingin kaya.
Suatu hari kami diarahkan untuk memasuki sebuah gua untuk berkhalwah dan bertaqarrub (mengasingkan diri dan mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala.)
Hanya mereka yang berjaya keluar dari gua itulah mereka yang bebenar mengikhlaskan diri dalam menuntut ilmu demi mencari redha Allah. Tatkala itu, walaupun di dalam lena sy seolah2 sedar yang sy sedang bermimpi.. sy dibayangkan bahawa sy sedang dikapit oleh dua biji batu besar yang menjadi pintu gua ketika keluar dari gua tersebut. Tiba-tiba terdengar satu suara memberitahu sy. " Sebutlah بسم الله ". InsyaAllah pintu itu akan terbuka.
Kemudian sy seolah2 diberitahu, bahawa kalimah "Basmalah" ini ada harta yang paling berharga. Dan sy dinasihatkan supaya senantiasa melazimi "Basmalah" dalam melakukan apa jua perkara."
Mimpi 2.
Saya diperlihatkan seorang lelaki membawa beberapa liter bekalan air bersama rakannya, yang mana air tersebut baru diambilnya dari telaga yang berada di dalam gua. Kelihatan dia ini seorang yang selalu memandang dan menceritakan tentang perkara zahir serta suka memburukkan ahli ibadah yang dikatakan soleh (yang mana pada ilmunya, dikatakan ahli ibadah ini syirik dan suka merosakkan diri). Namun lelaki ini selalu membaca al-Quran.
Ketika dalam perjalanan pulang membawa air tadi, tanpa disangka kenderaannya rosak. Akhirnya lelaki tersebut terpaksa menolak kenderaannya untuk sampai kerumah, sedangkan perjalanan menuju ke rumahnya masih beratus batu. Setelah beberapa hari berjalan, dia berhenti disebuah rumah untuk merehatkan dirinya, hatinya terlalu rindu untuk membaca al-quran kerana sudah lama tidak membacanya.
Sedang lelaki itu berehat-rehat dalam kerinduannya kepada Al-Quran, tiba-tiba lelaki itu ditangkap orang ramai dan dituduh mencuri kerana rumah yang disinggah itu adalah tempat simpanan harta-harta curi. Lelaki itu menerima hukuman dan akhirnya meninggal dunia.
Ketika itu sy digambarkan bahawa lelaki itu ditempatkan di Syurga. Rindunya kepada al-Quran mengakibatkan selepas lelaki itu mati, al-Quran datang kepadanya dan menjaminnya ke Syurga.
Moral of the Stories
1. Cerita diatas bukanlah rekaan sy, ia adalah sebuah mimpi. Sejauh manapun kebaikan dari mimpi di atas hanya Allah Maha Mengetahui. yang paling penting "mimpi tidak boleh dijadikan dalil."
2. Sejauhmana pun kayanya kita, sejauhmana pun tingginnya ilmu kita, jika tidak melakukan sesuatu perkara dgn nama Allah Ta'ala maka belum tentu kita dijamin selamat diatas dunia ini.
3. Salam perkenalan kita dengan sekalian makhluk2 Allah, tatkiranya batu, air, jin, angin dan sebagainya ialah dengan Nama Allah Ta'ala.
4. Siapa yang didunia terlalu mencinta dan merindukan sesuatu perkara, maka yang dicinta itulah yang akan datang bertemunya di negeri Akhirat nanti.
Post kali ni, sy nak share 1 cite @ bleh dikatakan pengalaman la jgk.. Beberapa hari yang lalu, sy turun KL bersama sedara mara utk menyetelkan beberapa urusan. Dipendekkan cite, setelah selesai mendapatkan surat pengiktirafan dari JPA, kitorang trus shoot g masjid Putrajaya.. Disinilah tragedi ini terjadi.. jeng jeng jeng..
Setelah park kete, kami pun berjalan masuk ke dalam masjid, tatkala itu mulut kazen sy asyik berceloteh tentang orang perorangan yang memakai jubah pink di dalam masjid Putrajaya itu.. Ada la 2,3 jenis label yang dilablekan kepada pemakai jubah pink tu..
Sy membiarkan aje mulut kazen yg lebih kurang insuran nya tggi tu. Pada pandangan sy, mungkin mereka itu rombongan minah2 Omputih (yang sememangnya x reti x tutup lebihan2 yang ada pada tubuh mereka) yang sedang melawati masjid Putrajaya tersebut.
Kaki kami semakin hampir ke gerbang masjid itu, tiba2..
"maaf dik waktu melawat dah tamat"
eh sapa pulak nak melawat ni, sy menoleh ke belakang , melihat tiada siapa kecuali kami. " Eh sapa pulak nak melawat ni pakcik, kami nak solat".
"Owh, ok nak solat boleh la.. Mmm tapi yang akak berdua tu kena pakai jubah tu ye.., Nak pakcik bukak surah ayat ke 13 ke??
Aku menoleh ke arah jubah yang berwarna pink yang dikatakan oleh pak guard td..
Maaf pakaian anda tidak menepati syarat-syarat seorang muslimah !! kata hati kecil ku.
haha, cayalah pak cik.. saya sokong 100%.. itu la yg sepatutnya..
Setelah itu, kami berpisah.. ye la kan tandas ikut jantina masing2, ne leh campur aduk ikut suke ati sesedap diri je, kang x pasal2 pak guard tu ckp nak bukak al-Quran lagi. huhu..
Semasa menuruni anak tangga masjid Putrajaya itu menuju ke tempat wuduk lelaki.. "Nape diorang kena pakai jubah pink tuu.. ??" tanya si haikal.. seorang budak pintar pertanyaannya menunjukkan ia benar2 pelik..
Pak guard tu nak ajar diorang cara berpakaian yang sebenar.. HAHAHA!!
Moral Of The Story..
1. Baguslah Law kat Masjid Putrajaya ni, Pak Guard ditugaskan jaga pemakaian tuuuu.. klu menampakkan apa yang x patut dinampak, sure ditegurnya.. soh pakai jubah pink lagi.. So pasni leh la post kan pak guard tu jaga kawasan mid vally, KLcc, Mines, Dataran dan sebagainyalah untuk jaga supaya manusia x buat maksiat pada Allah lagi.. ye la kan manusia sekarang ni ramai yang x leh jd guard untuk diri sendiri..
2. Moga2 siapa yang ditegur pak guard masjid putrajaya tu, pasni diorang insaf dan bleh berpakaian yang sepatutnya. ye la kan pak guard yang tegur tuuuu.. siap nak bukak ayat al-Quran lagi.. bukan lecturer @ para intelektual.. sedar2 lah ye.
3. Kepada my kazen, len kali jgn kata kat orang, kan tak pasal awak pun terlibat juga merasai jubah pink tersebut.. huhuhu
4. Allah bukan melihat mereka2 yang di dalam Masjid Putrajaya je ye sedara2 ku sekalian, jadi wat la apa yang patut.. Hidup didunia ni setiap masa beribadah jadi "Beribadahlah kamu seolah-olah kamu melihat Allah Ta'ala, Kalau kamu tidak melihat Allah Ta'ala, Maka Sesungguhnya Allah Ta'ala sentiasa melihat kamu." inilah Ikhsan!!
5. Think Positive.. Pikir la sendiri apa lagi moral dari cite ni ye..
A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari Location : Malaya Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah Toriq : Asy-Syaazuliyyah Status : Ummu Haura' Muhammad Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya