"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

Kalau Dilayan Memang Jadi
Aug 18, 2008
Assalamualaikum warahmatullah...
Kali ini ada satu kisah yang mungkin sahabat-sahabiah boleh ambil istifadah dan pengajaran darinya, khususnya untuk mereka yang bergelar "perempuan"...
Cerita ini adalah diabad 80-90an. Walaupun kita sekarang diera globalisasi yang kononnya dunia tanpa sempadan jangan sesekali kita lupa menoleh ke belakang. Kerana "tanpa semalam siapalah kita hari" @ "Kita hari ini adalah acuan semalam". wah wah wah berfalsafah plak aku.
Disuatu hari dikala burung berterbangan berkicauan, haiwan dan tumbahan saling merembeskan hormon2 kehidupan ketika itulah disuatu sudut bandar diRaja terdapat dua watak manusia menjalani kehidupan mereka...
Aminah dan Zurida. Dua beradik yang sangat rapat dari 13beradik. Kekanda-kekanda mereka berdua amat tegas dan garang dalam menjaga nama baik keluarga.
Dengan menggunakan sebuah basikal, Aminah mengayuh dengan kudratnya membawa Zurida menuju kearah pekan. Dari rumah ke pekan, perjalanannya agak memerlukan kegigihan dan ketabahan.
Bukit Chandan sesuai dengan namanya. Kadang-kadang jalanrayanya mendatar, kadang-kadang jalanrayanya menuruni bukit dan yang menguji kekuatan dan kesabaran sudah pasti jalanraya yang menaiki bukit(basikal tak kan mendaki kot).
Begitulah perjalanan Aminah dan adiknya. Sedang asyik mengayuh basikal demi menuju ke satu destinasi yang diniatkan, tiba-tiba datang dari arah bertentangan seorang lelaki dengan deruan enjin motorsikalnya. Pemuda sudah tentu matanya melirik si Dara.
Aminah berkata kepada adiknya,
"Eda, kamu kalau ade orang tanye pape kamu diam je tau, jgn cakap pape. Kamu takut tak Eda, aku takut nih"
Zurida sebagai adik mengiakan sahaja.
Tidak sampai seminit deruan enjin sebentar tadi hampir kembali menyeliti ruangan gegedang pendengaran Aminah dan Zurida. Semakin lama semakin hampir dan terus bersaing disebelah mereka berdua.
"Hai, awok kenal saye tok."
"Tok kenal" Aminah bersahaja menjawab tanpa menoleh pemuda tersebut. Lalu kayuhannya menjadi semakin laju, dari 400 meter perminit ditambah 500meter perminit. Namun apakan daya enjin dengan kayuhan seorang Dara.
"Eh tok kan tok kenal kot"
"tokkk" Sekalipun tiada tolehan dibuat.
Begitulah diulang 2,3 kali pertanyaan pemuda itu. Tetapi lumrah lelaki tetap tak putus asa.
"Tok kan le tok kenal.."
Akhirnya..
"Oh kenal, kenal, kenall.. Saad Bin Sood yak.."
"Hah!! Saad Bin Sood ??, Bukan lee, kite ni sedare ni le tok kenal.."
Kayuhan makin mencecah 600meter perminit lagi. Begitulah kembali hakikat kejadian, manakan basikal nak tandingi motorsikal.
"Oh kalo bukan.. sape ek.. haaaa Sood anok Pok Saad kan.. ha ye le tu, ye kan.. ye kan"
Aminah berkata-kata tanpa sekali pun menolehnya.
"hah??" jawab pemuda itu kebingungan..
Kayuhan mereka melalui suasana ramai orang. Oleh kerana orang ramai melihat kelakuan pemuda tersebut, malu dengan fiilnya dan tambahan pula tidak dilayan tanpa berkata apa-apa pemuda itu terus memecut motorsikalnya meninggalkan Aminah dan Zurida.
"Hehehehehe, Apee le Kak Amy ni.. Saad Sood, Sood Saad."
"Ate dah aku tok kenal, aku belasoh je le. tak0t aku". (Takut diapa2kan dan takut dengan abang-abangnya yang tegas menjaga mereka berdua)
* Cerita diatas bukanlah rekaan semata-mata, malahan adalah perkara yang realiti terjadi. Aminah adalah MamyKu dan Zurida adalah MamaKu. Makcik-makcik yang sentiasa menyokong, memberi moral support dan nasihat agar aku terus melalui landasan kehidupan agar tidak tergelincir. Mizz U'all, Mama Mamy.
Moral Of The Story..
1. Kalau dihati tidak mahu melayan sampai bila pun yang pelayan tidak dapat dilayan.
2. Apa pun yang berlaku diatas pemuda pemudi ianya melibatkan peluang. (sebab dan musabbab)
3. "Pokok tidak akan bergoyang kalau angin tidak bertiupkan"
4. Cuba kalau didalam cerita diatas si dara tadi melayan " eh tak kenal la awak sapa ae, awak kenal sy ke, kat mane kite penah jumpa dan bla bla bla bla..." So peluang telah dibuka. Pikirkanlah ye.
5. Tanamkan takut dalam diri iaitu takut kepada Yang Sentiasa Maha Melihat kita. Kalau abang-abang si dara tadi tegas @ bengis. Yang Maha Melihat bertambahlah Maha Tegas @ Maha Bengis. (baca elok-elok, jangan jadi isu. wakakaka)
6. & 7. Fikirlah ye. Allah S.W.T kurniakan akal yang luas lagi waraskan...
Sekian.. Wassalam

Labels:

posted by faQirilallah @ 8/18/2008 11:07:00 AM   0 comments
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com