"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

Solat Sunat Tasbih Selepas Maghrib : Hidupkan Malam Ramadhan
Jul 15, 2015
السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله و أصحابه أجمعين.

Perkongsian sempena Ramadhan Al-Mubarak,

Kami ketika mengikuti Daurah Ilmu 40 Hari di Hadhramaut, Yaman mengikut jejak para Tuan-tuan Guru disana yang mengamalkan solat sunat ini disepanjang Ramadhan setiap kali selepas berbuka puasa dengan cara seperti berikut :

  • Berbuka puasa dengan makanan yang ringan iaitu antaranya 3 biji kurma, air kosong yang disejukkan, kopi halia segelas kecil dan sedikit juadah lain, 
  • Kemudian bergegas menunaikan Solat fardhu maghrib berjamaah & wirid (merebut takbir pertama bersama Imam), 
  • Kemudian melaksanakan Solat sunat Ba'diah Maghrib 2 rakaat,
  • Kemudian melaksanakan Solat Sunat Tasbih 2+2 Rakaat secara berjemaah. 
1 Rakaat 75x Tasbih, Tahmid, Tahlil & Takbir X 4 Rakaat maka berjumlah  300x Tasbih, Tahmid, Tahlil & Takbir.

Kemudian makan berat @ zikir sementara menunggu masuknya waktu solat fardhu Isyak.       
Maka menjadikan 6 Rakaat solat sunat selepas Maghrib. 

Mengapa Amalan Solat Sunat yang dipilih ?! 

Wallahu'alam.


"kami hanya menuruti jejak Tuan-Tuan Guru Kami yang mulia".

Namun kalau dilihat kepada garis panduan yang diberikan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W dan para Ulama, adalah seperti berikut :

Dalam Hadith yang diriwayatkan oleh Adaylami, Baginda Rasulullah bersabda (maksud) :
“Diamnya seorang yang sedang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadah, Doanya mustajab dan amalan baiknya dilipatgandakan”.

Sebuah Hadith Qudsi, Sabda Baginda Nabi Muhammad S.A.W (maksud) :
"Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berfirman Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu."
(HR Imam Al-Bukhari & Imam Muslim)

Dari Salman Radhiallahu ‘anhu, katanya : Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan kami pada hari terakhir daripada bulan Syaaban. Baginda bersabda (maksud) :
“Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah telah menjadikan puasa-Nya suatu fardu dan qiam di malam harinya suatu tatawwu’ (ibadah sunat). Barang siapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardu di bulan yang lain. Dan barang siapa yang menunaikan suatu fardu dalam bulan Ramadan maka samalah nilainya dengan orang yang mengerjakan 70 fardu pada bulan yang lain.”
(H.R Ibnu Khuzaimah)

Maka diantara waktu Maghrib dan Isyak, ada satu jaminan daripada baginda Nabi Muhammad S.A.W kepada mereka yang melakukan Solat Sunnat Rakaat.

Tahukah kita tentang fadhilat solat sunat 6 rakaat setelah fardhu maghrib?!

Keutamaan solat tersebut berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W. bersabda (maksud) :
“Siapa yang solat 6 rakaat tanpa disela dengan pembicaraan buruk, ia senilai ibadah selama 12 tahun.”
(HR Imam at-Tirmidzi) 

Diriwayatkan dari Ammar bin Yasir, Rasulullah S.A.W. bersabda (maksud) :
"Barangsiapa melakukan solat 6 rakaat setelah maghrib, maka diampuni dosanya meskipun sebanyak ombak lautan".
(HR Imam at-Tabrani)

* Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah meriwayat hadis yg sama.

Dan mengapa solat Tasbih yang dipilih untuk dilakukan?! 

Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda (maksud) : 
“Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali .“
(HR Imam Abu Daud dan Imam Ibnu Majah)

Ketika dipengajian, kebanyakan guru selalu berpesan sesuatu ilmu perlu diamalkan setelah dipelajari, jika tidak dapat diamalkan setiap hari, maka amalkanlah seminggu sekali (Hari yang paling mulia : Jumaat), jika tidak mampu maka amalkanlah sebulan sekali, jika tidak mampu maka amalkanlah setahun sekali iaitu hari Jumaat dibulan Ramadhan kerana gandaan amalan telah dijanjikan oleh Allah S.W.T.

Baginda  Rasulullah S.A.W mengajarkan kepada bapa saudaranya bahawa kelebihan sembahyang sunat Tasbih itu sangatlah besar sebagaimana hadis Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma (Maksud) :
“Jika engkau membuat yang sedemikian itu, Allah menghapuskan dosamu, baik yang terdahulu, yang sekarang, yang sudah lama, yang baru, yang tidak disengaja, yang sengaja, yang kecil, yang besar, yang tersembunyi mahupun yang terang-terangan.”
(HR Imam Abu Daud)

Menurut Imam Taj as-Subki dan ulama-ulama yang lain, apabila orang telah mendengar kelebihan sembahyang sunat Tasbih itu, dan ia tinggalkan yakni tidak membuatnya maka ia tergolong daripada orang yang mencuaikan agama.

Maka pilihan Solat Sunat Tasbih ketika di Ramadhan dan pada waktu maghrib adalah mempunyai sebab musabab yang dikaji dan diteliti oleh para Ulama, tambahan pula ketika itu Nafsu melonjak-lonjak untuk menjamu selera, namun keutamaan diberikan untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala dengan Solat Sunnat yang telah digariskan oleh Ulama'.

Tidakkah ini perkara yang baik dalam menghidupkan Malam-malam di Ramadhan!?

Qiyamullail di Ramadhan bukan sekadar di waktu sebelum subuh setelah tidur, Qiyamullail di Ramadhan bermula setelah masuknya waktu Maghrib hinggalah sebelum Sahur.
Wallahu'alam.

Jom jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Selamat beramal..

Sekadar perkongsian dari pengetahuan alfaqir yang banyak kekurangan, Mohon para tunjuk ajar daripada para masyaikh dan asatizah..

Labels: ,

posted by faQirilallah @ 7/15/2015 11:31:00 AM   0 comments
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com