Alhamdulillah, Selawat serta Salam yang sempurna khas buat mu wahai Rasulullah S.A.W. Selamat datang wahai hari Jumaat. Hati terkadang merasa gembira dengan kehadiran mu.
Post kali ni nak borak2 cite fsl tajuk kat atas tu.. isu lama sebenarnye pun.. saje je nak jadikan tajuk utk kali ni.. So nak dijadikan citenyee..
Alkisah..
Waktu khutbah Jumaat tadi, sy tertarik dengan kata-kata Abang Imam yang merangkap khotib jumaat di masjid Ubudiah Bukit Chandan td iaitu " Pepatah Melayu : Jaga Tepi Kain Sendiri adalah tidak relevan dengan Kehidupan Seorang Muslim." lebih kurang gitu la kot. Banyak kesimpulan yang sy dapat dari kalam ini. cukuplah sy timbulkannya dlm bentuk persoalan agar kita sama2 fikir akan natijahnya. Antaranya : i. Mana patut di dahulukan Melayu @ Islam? ii. Adat Melayu mana asalnya, adakah dr agama Islam? kalau bukan dari Islam, perlukah kita ikuti? iii. Dari siapa ye pepatah2 ini datang? Bijak Pandai? Alim Ulama'? Rasul Melayu? Dan lain-lain tu fikir2lah ye..
Kenapakah dikatakan " Pepatah Melayu : Jaga Tepi Kain Sendiri adalah tidak relevan dengan Kehidupan Seorang Muslim."??
Jawapannya :
Pepatah tersebut bercanggah dengan Hadith Rasulillah S.A.W :
Darri Anas r.a, Sabda Baginda S.A.W yang bermaksud : "Tidak Sempurna Iman seseorang kamu jika dia tidak mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri". _(Riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim)
Siapakah "Saudara" yang dimaksudkan?? Adakah adik beradik kandung? Makcik2 dan pakcik2? Tokwan2?
Firman Allah Ta'ala : Yang bermaksud
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." [al-Hujurat (49:10]
Jelas disini, saudara yang dimaksudkan ialah "SAUDARA SEAGAMA".
Mencintai saudara disini bukanlah sekadar lahir di lidah akan ungkapan kasih sayang, bukan juga hanya perasaan cinta tetapi ia adalah terangkung dari lidah, perasaan, perlakuan dan sebagainya. Dalam erti kata lain "Caring and Loving". Sekiranya kita melihat saudara seIslam kita dalam kesusahan akan ada perasaan sedih dan kesian paling tidaknya. Jika dia berbuat maksiat , kita menghalangnya seperti mana kita menghalang diri kita sendiri dari melakukan apa yang di murkai Allah Ta'ala.
Apa yang dilihat pada Pepetaha Melayu "Jaga tepi kain sendiri". ialah bermaksud jaga hal perihal diri sendiri dan jangan mengambil tahu hal orang lain..
Kenapa dia kata jaga tepi kain sendiri ?? sepatutnye dia katalah " Jaga dalam kain sendiri". baru la betolkan.. sebabnya mana leh kite jaga dalam kain orang lain sebab tu kan aurat. hehehe..
So sampai disini dululah kalam sy.. Nanti ade benda yang leh sy kongsikan lagi, sy akan kembali berblog..
" Ya Allah Ya Tuhanku, Ampuni dosaku, aku bertaubat kepada Mu ya Allah, Tambahkanlah Imanku dan tetapkannya ya Allah.."
Hari ni sy ditanye oleh seorang sahabat berkenaan "adakah suara perempuan aurat?? dan mahukan dalil berkenaan itu".
Jadi bagi menjawab persoalan ini, sy dtgkan beberapa maklumat berkenaan ini yang sy ambil sebuah buku "Pakaianku, Auratku, Perhiasanku, Maruahku"_Hayati Arsyad.
Ulama' berselisih pendapat, apakah suara wanita termasuk dalam aurat @ tidak?
Menurut Mazhab Hanafi, suara wanita bukan aurat kerana para sahabat mendengar dan mempelajari hukum hakam agama dari isteri-isteri Nabi S.A.W. Namun, "HARAM" mendengar suara wanita jika dikhuatiri terjadi fitnah sekalipun mendengar bacaan Al-Quran darinya.
Menurut Mazhab Syafie pula, suara wanita adalah aurat dihadapan lelaki ajnabi samada dikhuatiri terjadi fitnah ataupun tidak.
Walaubagaimanapun, perdapat yang rojih sebagaimana yang disepakati ulama bahawa suara wanita bukan aurat apabila percakapannya dengan lelaki ajnabi itu memang penting dan aman dari sebarang fitnah serta wanita tersebut tidak melunak-lunakkan dan merendah-rendahkan suaranya.
Dalil-dalil yang dijadikan hujjah adalah :
Para Isteri Rasulullah S.A.W pernah bercakap dengan para sahabat dan mengajarkan mereka tentang hukum-hakam agama. Suatu ketika, Sayyidina Umar R.A hendaklah menentukan jumlah mahar, namun ditolak dan dibantah oleh seorang wanita dari satu sudut masjid dengan membacakan Firman Allah S.W.T :
Yang bermaksud :
20. "Dan jika kamu ingin mengganti isterimu dengan isteri yang lain, sedang kamu Telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak, Maka janganlah kamu mengambil kembali dari padanya barang sedikitpun. apakah kamu akan mengambilnya kembali dengan jalan tuduhan yang dusta dan dengan (menanggung) dosa yang nyata ?"
Sayyidina Umar R.A tidak membantah wanita tersebut, begitu juga para sahabat yang lain. Bahkan beliau berkata : wanita itu benar dan Umar salah.
Banyak lagi dalil yang menthabitkan bahawa suara wanita bukan aurat selama mana berada dalam batas-batas percakapan biasa tanpa nada suara rendah dan lunak, kerana Firman Allah Ta'ala :
Yang Bermaksud :
32." Hai isteri-isteri nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk[1213] dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya[1214] dan ucapkanlah perkataan yang baik."
[1213] yang dimaksud dengan tunduk di sini ialah berbicara dengan sikap yang menimbulkan keberanian orang bertindak yang tidak baik terhadap mereka.
[1214] yang dimaksud dengan dalam hati mereka ada penyakit ialah: orang yang mempunyai niat berbuat serong dengan wanita, seperti melakukan zina.
Begitulah adab berbicara yang Allah Ta'ala perintahkan kepada kaum wanita tika berbicara dengan lelaki ajnabi tanpa melunakkan, melembutkan dan memerdukan suaranya apabila berbicara dengan lelaki ajnabi.
Tamat Bab Suara Wanita _________________________________________________
The Moral Of The Story
Kita antara lihat tujuan dan hikmah memelihara Aurat adalah : Pertama : utk mendapat redha Allah. Kedua : utk mengelakkan tersebarnya sebarang ke'aiban. ketiga : utk mengelakkan berlakunya sebarang bentuk maksiat. Dan sebagainya.
Jika seseorang muslim berbicara dengan seorang wanita @ mendengar nyanyian seorang wanita hingga mendatangkan keinginan syahwat utk bersamanya maka ianya mendatangkan seseorang itu kepada kelalaian dan maksiat kepada Allah. Maka Hukumnya Haram mendengarnya. Malah wanita itu juga diharamkan berkata-kata selagi mana menimbulkan sebarang bentuk fitnah.
A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari Location : Malaya Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah Toriq : Asy-Syaazuliyyah Status : Ummu Haura' Muhammad Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya