"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

Ukhuwah Islamiah
Dec 27, 2008

Pada zaman kini kita lihat Islam semakin terancam. Pelbagai cara dan kaedah serangan dilakukan oleh para musuh Islam untuk menjatuhkan Islam samada serangan dari segi luaran iaitu penjajahan wilayah-wilayah Islam, serangan pemikiran dan sebagainya. Jadi kita sebagai umat yang mengaku beriman dengan Allah dan rasulNya hendaklah sentiasa cuba untuk bangkit dan berjuang demi mempertahankan seterusnya mendaulatkan syiar Islam di muka bumi ini.

Tapi malangnya diluar sana ukhuwah Islamiah (persaudaraan Islam) dilihat kian retak dan renggang, malah terkadang terdapat mereka yang hanya mementingkan diri sendiri. Bagaimana mampu untuk mempertahankan Islam jika masyarakat Islamnya hidup dengan tidak mementingkan persaudaraan yang kukuh?!


Sebagai bukti, terang lagi bersuluh kedapatan kebanyakan umat Islam kini yang hanya menyampaikan salam kepada orang yang dikenali sahaja sedangkan mengucapkan salam itu adalah tanda ukhuwah Islamiah. Dan ia juga merupakan hak orang Islam keatas orang Islam yang lain. Ini mungkin antara salah satu bukti kecil yang boleh menunjukkan betapa renggangnya tali persaudaraan umat Islam kini. Sedangkan al-Quran al-Karim di dalam surah al-Hujurat telah mengatakan firman Allah S.W.T yang bermaksud :

"Sesungguhnya umat Islam itu bersaudara."


Dikuatkan lagi dengan Hadith RasuluLlah s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Imamain iaitu al-Imam Bukhari dan Muslim. Sabda Baginda s.a.w yang bermaksud :

" Tidak beriman seseorang kamu, hingga kamu mengasihi saudara kamu sepertimana kamu mengasihi diri kamu sendiri."


Sedarilah wahai sahabat, Islam hanya akan bangkit dengan berjema'ah iaitu seluruh umatnya bersatu hati dalam merialisasikan syiar Islam di muka bumi ini. Tidak kiralah apa pun jua bentuk bendera atau apapun cara gerakannya, yang penting selagi ianya mentauhidkan Allah dan mendaulatkan al-Quran dan as-Sunnah, turut sertalah dan bersamalah berganding bahu dan bersatu tenaga agar syiar Islam sentiasa melebarkan sayapnya dan dipandang tinggi seterusnya digeruni oleh musuh-musuh laknatuLlah. Dan perlu diingat apa pun pertubuhan atau persatuan atau gerakan selagi kita bernaung dibawah panji " La ilaha ilaLlah" kita adalah satu.

Labels:

posted by faQirilallah @ 12/27/2008 06:56:00 PM   0 comments
Layan Jap!!
Assalamualaikum warahmatullah,

Baru-baru ini kecoh terdapat sebuah website yang bebetol menyentuh sensitiviti keagama. Bermacam2 tuduhan, tohmahah, ejekan, penghinaan dan sebagainya dilemparkan keatas Nabi Junjungan Mulia umat Islam. Dia mendakwa dirinya
Modern Thinking, iaitu satu isme yang hidup dalam ruang lingkup arus kemodenan dan mengenepikan soal2 rohani dan sebagainya. Disimpulkan bermaksud bertuhankan kemodenan. Saya begitu tidak menyangka terdapat anak melayu begitu berani menghina dan mencela Nabi S.A.W dan juga Kitab Suci Umat Islam. Sedih, marah, bengang, mendidih, makan dalam, bengkak dan sebagainya berkumpul menjadi satu.

Namun terdetik disudut hati, beberapa persoalan antaranya :

1) Adakah benar dia ini adalah seorang yang berbangsa Melayu?
Dilihat dari raut wajah, namanya, tempat tinggalnya di Shah Alam, gaya pengolahan ayat dan sebagainya sedikit sebanyak membuktikan dia adalah anak Melayu.

2) Adakah benar website tersebut adalah dihasilkan oleh dia? Atau terdapat satu penyamaran disitu.

3) Atau ada agenda tersembunyi dari mana2 pihak yang sengaja mengaturkan huru-hara dikalangan umat Islam terutamanya di Malaysia?

4) Atau sengaja menguji mana-mana pihak contohnya pentadbiran Negara?

Sebenarnya banyak lagi persoalan yang boleh ditimbulkan berikutan perkara ini dan apapun persoalan yang timbul, perkara sedemikian tetap telah berlaku. Kalaulah benar website tersebut adalah dari seorang gadis Melayu yang ber
ismekan Modern thinking. Moga pihak yang bertanggungjawab dapat memainkan peranannya dalam mencegah perkara2 sebegini.

Dan jika ini adalah konspirasi jahat dari mana-mana pihak yang sengaja menimbulkan huru-hara dari dalaman mahupun luaran, Moga Allah melaknati mereka. Tetapi apakah perana kita sebagai "Pejuang Agama Allah" @ "penganut Agama Allah." ??

Perlu diingatkan bersama bahawa orang-orang kafir ini sesekali tidak bersetuju dengan kebangkitan Islam di muka bumi ini, mereka akan cuba melakukan seribu satu percubaan untuk menumpaskan umat Islam sekali gus melenyapkan Islam dari dunia ini. Ini juga telah Allah firmankan di dalam kitabNya yang bermaksud : "
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah Itulah petunjuk (yang benar)". dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu."_Al-Baqarah:120





Labels:

posted by faQirilallah @ 12/27/2008 01:27:00 PM   0 comments
Juangkan keMelayuan??
Dec 25, 2008
Assalamualaikum wa Rahmatullah..

Zaman kini kian berubah dan dunia kian bertambah maju, itulah hakikatnya sebuah kehidupan. Walaupun sedemikian, Malaysia @pun suatu ketika dahulu dikenali dengan Tanah Melayu amat beruntung kerana mempunyai masyarakat yang tidak pernah lupa akan adat2 resam mereka. Mungkin ada segelintir yang mengabaikannya tetapi mejoritinya masih lagi kuat berpegang kepada adat resam. Lebih ketara dapat dilihat dlm soal perkahwinan. Bak kata seorang kawan "
Semoden mana pun kita, adat resam(Melayu) jangan lupa".

Saya amat terpaut hati dengan kata-kata tersebut, lalu terilhamlah artikel ini. Terpaut hati tidak bermakna saya bersetuju. Dan tidak bersetuju tidak bermakna saya membenci. Sebenarnya itulah hakikatnya masyarakat di Malaysia. Masyarakat yang amat mementingkan adat dan budaya Melayu. Buktinya jelas contohnya:

1. Terbinanya
istana budaya untuk menjalankan aktiviti kesenian keMelayuan
2. Adat2 dalam perkahwinan diraikan semahu2nya
3. Filem2 yang menggambar
environment keMelayuan ditayangkan dipawagam seperti filem seram, perdukunan @ perbomohan dan sebagai.
4. Tertubuhnya pertubuhan yang mendaulatkan Agama, Bangsa & Tanah Air
5. Juga Parti yang memimpin dan menyuarakan suara Bangsa Melayu
6. Tidak lupa juga kerana terlampau taksubnya terhadap Melayu akhirnya mengaku dirinya sebagai Rasul Melayu. Ini ternyatalah sesatnya.
Dan sebagainya.

Dan inilah uniknya Malaysia. Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia.

Dalam keberahian membelai keMelayuan ini, malangnya soal hukum-hakam Islam seakan dianaktirikan. Saya tidak menyatakan kesemuanya, tetapi majoritinya. Saya akui, masih terdapat segolongan masyarakat yang mendaulatkan adat-adat Melayu disamping menjaga agama Allah. Mereka inilah kaum minoriti. Walaubagaimanapun saya bersyukur kerana masih wujud golongan seperti ini... Alhamdulillah.

Persoalannya. Adakah adat @ keMelayuan perlu didaulatkan melebihi Agama Allah Ta'ala???

Kenapa Saya utarakan persoalan sebegini. Ini jelas terbukti, oleh kerana terlampau menjaga adat keMelayuan, hampir mejoriti yang mengabaikan hukum-hakam Allah Ta'ala. Buktinya kita lihat :

1) Istana Budaya.

Secara jelasnya, disini ialah tempat dimana karyawan-karyawati @ seniman-seniwati menonjolkan bakal mereka. Antara aktiviti mereka ialah teater, lantunan sajak dan sebagainya. Fokus mereka ialah budaya Melayu. Kerana ingin mengekalkan kebudayaan dalam mengharungi arus kemodenan.
Gambar diatas adalah salah satu adegan teater bertajuk 'Nyonya' yang dipentaskan di Istana Budaya.

Mereka mengekalkan baju kebaya, kain songket, rambut bersanggul dan sebagainya demi melambangkan keMelayuan. Adakah itu gambaran Masyarakat Melayu suatu ketika dahulu??? Setahu saya, Berdasarkan kata2 orang tua2 yang berpakaian sebegini adalah perempuan kebret sahaja. Dan masyarakat Melayu suatu ketika dahulu amat menitik beratkan adab sopan, pemakaian , pergaulan dan sebagainya. Hmmmm. Mari sama-sama kita perhatikan apakah balasan Allah S.W.T dalam
kes wanita yang berpakaian tipis @ jarang, ketat, membentuk dan berbelah serta membuka bahagian-bahagian tertentu.

Maksud firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi
maha penyayang." _Al Ahzab : 59.

Dan Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." _(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."_(Riwayat Bukhari dan Muslim)

2) Antara Adat Dalam Perkahwinan

Di dalam perkahwinan pula, terkadang dilihat banyak perkara yang terlalu mengikut adat malahan dirai2kan dengan lebih
grand contohnya:

* Persandingan
(Sila Klik)

Mejoriti masyarakat Melayu yakin bahawa persandingan yang terdapat dalam setiap perkahwinan Orang Melayu adalah merupakan adat resam turun temurun. Hatta pada masa kini, Pelamin persandingan itu diperkayakan dan dipermewahkan lagi dengan tema2 dan hiasan2 tertentu. Lihatlah gambar2 dibawah :

Dan banyak lagi. Begitulah juga adat merisik, meminang, nikah dan sebagainya.

Jadi apakah ini semua satu keperluan!!! Menghabiskan ribuan ringgit hanya kerana menjaga adat. Pernahkan kita mengkaji dari mana asal segala adat budaya masyakat Melayu??? Tepuk dada tanye selera.

3) Perfileman di Malaysia

Antara salah satu cerita bersiri yang ditayangkan di kaca TV pada hari ini ialah "Puaka Niang Rapik". Selain itu "kasih ku seru" dan bermacam lagi yang kini terjadi suatu fenomena mengembalikan kita kepada
environment alam Melayu paranormal.


Sedarkah kita bahawa segala apa yang kita lihat terkadang membawa kesan negatif sedikit sebanyak dalam hidup kita. Kalau kita yang sudah dewasa mula terpengaruh dengan segala kekarutan dan perkara tahyul, bagaimana pula mereka2 yang masih kecil @ dibawah umur. Sudah pasti mereka sering dibelenggu ketakutan apabila berada seorang diri @pun ketika malam yang diselimuti kegelapan. Jadi secara sengaja @pun tidak, fahaman tahyul ini kembali menyelubungi kehidupan kita, disinilah syaitan la'natullah akan memainkan peranannya demi menggugatkan ketakqawaan kita kepada Allah 'azza wal Jalla. Fana'uzubillahi minaz zalik..

4) Pertubuhan Kebajikan yang mendaulatkan Agama, Bangsa & Tanah Air

Kecintaan kita kepada Agama Islam memang tidak dapat dinafikan lagi, buktikannya jelas dengan kepekaan kita dengan kekalutan yang berlaku di negara2 Islam yang lain. Jadi untuk bersiap sedia mendepani cabaran yang berlaku maka tertubuhnya sebuah pertubuhan kebajikan yang begitu mendaulatkan Agama(Islam), Bangsa(Melayu) & Tanah Air yang diantara prinsip2 perjuangan mereka ialah menegakkan hukum Allah di muka bumi dan sebagainya. Pertubuhan ini sebenarnya adalah kesinambungan perjuangan para Mujahidin Islam Fisabilillah di masa lampau.

Sedang keghairahan melebarkan sanyap pertubuhan kebajikan ini keseluruh genap pelusuk Malaysia ini, malangnya terdapat segelintir pihak yang mengabaikan tanggungjawab memimpin para ahlinya ke jalan yang sepatutnya, malahan dibawanya pula kearah yang menyamsengkan bangsa Melayu itu sendiri. Dan juga terdapat pihak2 yang menyalahgunakan kuasa yang diberi. Lebih malang lagi, yang dijuangkan mereka ialah keMelayuan itu sendiri berbanding hukum Allah S.W.T, malah perkara Agama diketepikan seinci demi seinci akhirnya menjadi bermeter2 jauh terpinggir.

Sebagai bukti boleh kita lihat diluar sana terdapat pihak2 yang memakai logo @pun
sticker yang bertemakan "Amar Ma'ruf Nahi Mungkar" tetapi dlm masa yg sama ianya senantiasa bersama dengan kemungkaran dan sekali2 tidak menegahnya. Kesana kemari mencanangkan Melayu, pantang bangsa asing melakukan kesilapan akan dihentaknya tanpa mengkaji dahulu punca masalah @ mengkaji dahulu sama ada bangsa asing itu Muslim @pun tidak. Apa yang pasti Malay power is number one @pun Malay is the winner. Atau dengan kata lain Melayu mesti diafdhalkan.

Inilah hakikat Melayu...

Tidakkah terpikir dibenak fikiran kita bahawa " langit mana yang memayungi kita? bumi mana yang dipijaki kita?" adakah milik Melayu yang kita daulat2kan.

Tidak
!!! sesekali tidak!!!

Bumi ini milik Allah, jadi Agama Allah sepatutnya paling utama didaulatkan. Adat Dan keMelayuan mungkin boleh dikedua @ diketigakan.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa Agama Islam ini adalah adat bangsa arab, ini adalah anggapan yang boleh dianggap bodoh. Kerana adat orang arab ialah perkara2 jahiliyyah yang mana mereka warisi dar datuk nenek moyang mereka yang menyembah pelbagai berhala. Jadi diturunkan Islam itu adalah untuk membawa masyarakat Arab pada ketika itu dari kejahiliyyahan mereka kepada corak hidup yang lebih berakhlak dan bertamadun. Begitu juga kita masyarakat Melayu. Tolong jangan salah parking ayat ???

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Dan tidak Kami utuskan kau (Muhammad) melainkan sebagai (pembawa) rahmat kepada seluruh alam"_Surah al-Anbiya:107

Maksud firmanNYA lagi :
“dan rahmat-Ku mencakupi semua makhluk.” _Surah al-A’raf:156

Untuk kesekian kalinya saya akhiri tulisan saya pada kali ini dengan beberapa persoalan, yang mana persoalan tersebut kita jawablah bersama dalam diri jiwa masing2..

1) Adat dan keMelayuan tidak boleh membeli Redha Allah Ta'ala dan jika tidak ada redha Allah Ta'ala apakah perlu berangan2 untuk menduduki Syurga Allah???


2) Apakah Adat & KeMelayuan lebih patut didaulatkan dari Agama Allah???

3) Siapakah kita dibumi ini???

Aqulu kauli haza, wa astaghfirullahal 'azhima li wa lakum, wa lisairil muslimina wal muslimat ,wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Labels:

posted by faQirilallah @ 12/25/2008 06:21:00 PM   3 comments
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com