"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

Doakan yang baik-baik walaupun tak baik
Jan 22, 2013
AsSalamu ‘alaikum wa Rohmatullah,
AlHamdulillah wasSolatu wasSalamu ‘ala Sayyidina Rasulillah.

Lama juga faQir tak update blog ni.. kali ini faQir nak berkongsi tentang 1 kisah pendek yang mana kisah ini faQir dapat dari Syeikhuna Muhammad Husni Ginting Al-Langkati. Kisahnya disimpulkan begini..

"Pada suatu hari seorang syeikh berjalan dengan anak-anak muridnya di suatu lorong. Sedang mereka berjalan tiba-tiba mereka terlihat seseorang berjalan terhuyung-hayang sambil ketawa (seolah-olah gembira). Melihat keadaan itu, syeikh tersebut menadah tangan dan berdoa.
Doanya lebih kurang begini, “ya Allah, berikanlah orang itu gembira dan ketawa di akhirat nanti.”
Anak murid kepada syeikh pun merasa pelik akan doa syeikhnya itu lalu bertanya, “ wahai tuan guru, mengapakah tuan mendoakannya begitu”.
Lalu syeikh menjawab. “Mudah-mudahan orang itu diberi petunjuk dan hidayah, yang akhirnya membuatkan dia gembira dan ketawa di akhirat nanti seperti dia gembira berketawa pada hari ini.”
Lihatlah para sahabat, betapa hikmahnya pengajaran yang diberikan oleh Syeikh ini kepada anak muridnya. Beliau tidak marah akan perbuatan si mabuk itu, tidak memakinya, juga tidak menghinanya. Sebaliknya mengeluarkan kata-kata yang baik untuk orang tersebut, mudah-mudahan kata-kata tersebut menjadi doa."

Dan perlulah kita ingat, apabila kita mendoakan untuk seluruh orang Islam, makanya banyaklah kelebihan yang Allah limpahkan untuk kita.

Dalam sebuah hadith yang panjang, diriwayatkan oleh Abu Abdul Rahman, Abdullah B. Mas’ud. 
Sabda Baginda Nabi Muhammad S.A.W :

"..... إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا، وَإِنَّ أَحَدُكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلٍ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتََابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجََةِ فَيَدْخُلُهَا."
Maksud :
“…sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.”
-Muttafaqun’alaih-

Berdasarkan potongan hadith di atas, jelaslah bahawa :
  1. Seseorang itu belum tentu terjamin hidupnya untuk bahagia di akhirat selagi mana belum tiba masanya.
  2.  Tidak semestinya orang yang selalu melakukan perkara yang baik tempatnya di Syurga.
  3. Tidak semestinya orang yang selalu berbuat jahat tempatnya di neraka.
  4. Kita sebagai manusia, perlulah selalu up date taubat kita kepada Allah Ta’ala.
  5. Bak kata guru kami Syeikh Husni Ginting Al-Langkati ketika pengajian kitab Arba'in Nawawiyyah : "Siapa yang telah melakukan dosa yang banyak, janganlah dia bersedih hati.. Pintu taubat masih ada lagi. Siapa yang mengamalkan amal syurga, jangan berbangga berbangga diri, dengan kebanggaan tersebut mungkin masuk neraka.    Makanya Jangan perasan diri kita suci, kena selalu merasakan berdosa kepada Allah S.W.T."

Kadang-kadang Allah Ta’ala datangkan sesuatu keadaan, yang mana keadaan tersebut merupakan ujian kepada hamba-hambanya. Bagaimana kita menguruskannya dan bagaimana kita bersangka baik dengan Allah Ta’ala.

“Setiap anak Adam itu melakukan dosa, dan sebaik-baik si pelaku dosa adalah pelaku dosa yang bertaubat.”

Moga penulisan ini memberi manfaat kepada diri faQir sendiri dan juga para sahabat.. Sekiranya ada salah silap mohon tunjuk ajar. Wallahu ‘alam.

"Ya Allah Ya Tuhanku, Berikanlah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui"

posted by faQirilallah @ 1/22/2013 11:57:00 PM   1 comments
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com