"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

Poliandri vs Poligami
Mar 22, 2008

Assalamualaikum warahmatuLlah,

Hari ni aku nak bercerita tentang tak logiknye kalau perempuan kawen lebih dari satu... itulah poliandri lawan kepada poligami. Rata2 aku tgok berdasarkan pengalaman la, ramai perempuan cukup sensitif bile sebut poligami, tak caya kite tggu comment yang bakal aku trima... huhu

Aku dah byk kali dengar orang perempuan cakap "kalau lelaki boleh kawen lebih dr satu kami pun nak kawen lebih dr satu jgk" @ "abang, kalau kawen sorang lagi sayang pun nak kawen lagi, siap 4 orang lagi nak cukupkan 5 suami".


Bile aku dengar je, rasa nak gelak terbahak2 pun ade.. tp takpe la, nak gelak depan2 kesian pulak. adusss!! Susah betol kalau bercakap otak letak kat kepala lutut kan.


Ceritanya mmg tak rasional perempuan bersuami lebih dr satu, perkara ni boleh difikir sebenarnya, tapi nak buat mcm mana kan... terlalu emosi sgt.
Antara logikanye yg terlintas di otak aku kan..


1.Boleh ke si perempuan berlaku adil melayani suami2nya, mcm mana nak bergilir ikut jadual kalau tibe msa bulan mengambang sure la si suami berikutnya hangin.. haha...

Sheikh `Attiya Saqr, bekas ketua Jawatankuasa Fatwa Al Azhar memberi respon berkenaan isu ini. Keadaan biologi wanita tidak memungkinkan wanita mampu mengamalkan sistem perkahwinan ini. Ini dapat dilihat dengan kitaran haid yang perlu dijalani oleh wanita setiap bulan yang mempengaruhi emosinya. Ini akan menghadkan tanggungjawabnya apatah lagi dalam memenuhi keperluan pasangan-pasangannya.

2. Tak kan la kite nak menanam di tempat yang ditanam. Nanti hasilnya milik sapa kan..@
Korang tahu tak head n block yang dekat engin motor tu, dalam block ade piston (omboh). kire utk pergerakan motor la.
Size silinder block ikut ketepatan ukur lilit piston, kalau dah pakai piston size 150 skit takde maknenye nak tukar pakai piston size 125, longgar la... tak jalan motor nanti, rosak engin wooo.. ade faham?? hahaha

Hubungan suami isteri dalam keadaan poliandri juga memungkinkan risiko penyebaran penyakit-penyakit yang membahayakan, seperti Chlamydia Trachomatis dan Gonnorrhea, kesan daripada pembiakan bakteria di organ pembiakan lelaki dan wanita. Dan tanpa sedar, ia turut membawa kematian.

3. Anak pulak akan bertanya "ibu2-ibu bapak sy yang mana satu ae?". Patut ke ade soalan camtu...!!

"Ahli psikologi mengatakan kanak-kanak yang mengalami kesukaran untuk mengenal pasti identiti ibu dan ayahnya akan mengalami kemurungan serta ketidak seimbangan emosi."
so really la mengganggu pembelajaran anak-anak.. so kesan jangka panjangnye..., fikir la ye.

4. Andai kata suami-suami bergaduh mampu ke si isteri meleraikan. Gaduh pulak disebabkan si isteri yg dikongsi ni..

Peranan suami sebagai ketua keluarga akan musnah dan menimbulkan kekacauan dan pergaduhan dalam penentuan tugas serta menunaikan tanggungjawab. Misalannya dalam memberi nafkah, dan menjadi wali kepada anak perempuannya yang ingin berkahwin, kepada siapakah tanggung jawab ini perlu diserahkan?

5. Bile dah bersuami-suami sure lah akhirnya perempuan sensara, akhirnya sudah tentu perkara ini disifatkan sebagai meletakkan wanita di tahap yang paling rendah, iaitu menjadikan mereka sebagai objek memenuhi tuntutan nafsu.
erm setakat itu dulu kot logikanya perempuan tak bleh kawen lebih dari satu, ade sape nak tambah bagitau k...

Dalam kajian DNA yang dilakukan ke atas burung-burung baka Australia yang mempunyai bulu berwarna-warni dan menarik, didapati 90 peratus daripadanya mempunyai gabungan DNA hasil proses mengawan antara seekor burung betina dengan beberapa ekor burung jantan. (Carol Cruzan Morton: The Chronicle 17 Februari 2003).
So sapa nak bulu kaler maler wat la... hahahaha

Hmm moral of the story, ikut je la apa yg telah ditetapkan Allah... Ada hikmahnya yg tersurat dan tersirat. Islam sememangnya cantik dan sistematik serta sesuai utk dipraktik...
So kaum lelaki, ingat surah an-nisa ayat 3.. so hayatilah dan lakukan yang terbaik... wanita tanggungjawab kita.. huuhu

Setakat ini dulu, maaf andai terdapat kata2 yang kurang menyenangkan. just open your mind and think positive. Yang baik itu datang dari Allah dan segala yang kurang itu mengikut kekurangan diri saya, hakikatnya apa yang baik dan kurang baik semuanya dari Allah S.W.T

_WaLlahu Ta'ala 'alam...

Labels:

posted by faQirilallah @ 3/22/2008 06:46:00 PM   0 comments
Tugasan Kita sebagai Penuntut Ilmu Allah
Secara Umum, dapat digariskan empat tugas seorang penuntut ilmu:

1) Memperbetulkan niat Perkara pertama yang perlu diambil perhatian oleh penuntu ilmu, ialah mempunyai keikhlasan niat demi untuk mencapai keredhaan Allah. Bukan untuk berbangga apabila digelarkan sebagai orang allim, atau tujuan mengumpulkan harta, pangkat atau yang seumpamanya.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksd ; "Sesiapa yang mempelajari ilmu kerana Allah, tidak mempelajari ilmu kerana inginkan harta dunia, tidak akan dia temui kecuali Syurga hari akhirat kelak.."-Riwayat oleh Abd. Razak-

Cuma perlu di ingat bahawa, jika harta, pangkat dan yang seumpamanya datang kepada seorang alim, maka tidaklah menjadi kesalahan untuk menerima dan memanafaatkannya.

2)Berterusan dalam menuntut ilmu Ilmu adalah lautan yang tidak mempunyai pantai dan tepian. Maka usaha menuntut dan menambahkan ilmu hendaklah berlaku secara berterusan, tidak didalangi oleh peringkat-peringkat ijazah tertentu.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud; "Katakanlah (wahai muhammad) tambahkan aku ilmu"surah Toha ayat 114

3) Sabar Penuntut ilmu hendaklah sentiasa sabar dalam menempuh dugaan dan cabaran yang merintangi perjalanannya di dalam menuntut ilmu sama ada yang bersiafat fizikal mahupun spritual. Tidak perlulah diceritakan di sini sejarah para sahabat dan ulama yang menempuh segala cabaran demi untuk menuntut ilmu.

4) Memuliakan Guru
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud; "Bukan dari umatku orang yang tidak memuliakan orang tua dan mengasihi anak-anak muda kami dan tidak mempelajari daripada orang-orang alim"-Riwayat Abu Daud-
Saya tidak bertujuan untuk menghuraikan hak seorang alim @ guru yang perlu ditunaikan oleh muridnya di dalam artikel ini cuma dicadangkan agar kita mengambil sedikit dari masa kita untuk melihat kembali perkara ini, semoga segala ilmu yang kita tuntut mendapat keredhaan Allah S.W.T.

--> by puteri_khalifah

Labels:

posted by faQirilallah @ 3/22/2008 06:39:00 PM   0 comments
KENAPA AKU LETIH BEKERJA.....
Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) :

Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa?

Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.

1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 21.3 juta orang.

1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. Jadi tinggal 20 juta orang.

Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, Universiti dll). Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja. Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja.

Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan. Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja....

Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, suri rumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja....

Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 3 orang itu adalah engkau, aku dan penyampai msg aku ni(tuan punye blog ni lah)...
Dari 3 orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah
Penyampai msg aku nih plak studie kat oversea
so
Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie...
Mana aku tak letih!!
Jadi sedarlah skit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2 Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak.

Labels:

posted by faQirilallah @ 3/22/2008 06:28:00 PM   0 comments
Cleankan gaya pemikiran korang ae_ senyum selalu
Sila baca sorotan-sorotan cerita dibawah.....

Cerita 1
Aminah merenung batang yang semakin menegak itu, dia terus mengusap-usap batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. Aminah pun menjerit "..Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya.."..

Cerita 2
Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu, hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar, jari-jemarinya terus menguli tanpa henti. Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk "bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau."

Cerita 3
Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan, dia tidak mahu tergesa-gesa, sesekali lidah nya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu ..."cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas" Anak Zack yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.

Cerita 4
Idham menjerit sambil menhenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar "Come on baby, lets make it..."..katanya berulanag-ulang kali tanpa henti.. Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu, dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.

Cerita 5
Bahagian belakang kereta itu bergegar dan berhenjut-henjut. Alman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu didalam kegelapan itu. Alman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip Alman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.

Apa la yg korang fikirkan ae.... huhuhuhu

Labels:

posted by faQirilallah @ 3/22/2008 06:20:00 PM   0 comments
Jin dan Toyol
JIN

Rasullullah pernah menerangkan bahawa memang ada makhluk-makhluk (jin) yang berkongsi tinggal dan hidup bersama-sama manusia di mana-mana saja. Oleh sebab itu sekiranya sesiapa yang mendapati di rumah mereka dimasuki ular hitam hendaklah segera azan dengan suara yang kuat. Jika ia lari keluar hendaklah dibiarkan sahaja kerana itu adalah makhluk jin. Tetapi sebaliknya jika ia berlingkar atau menunjukkan tanda melawan enggan keluar dari rumah - bunuhlah ia kerana ia adalah ular sebenar.

TOYOL

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dalam bab 'Ayat Kursi' ada menyebut satu kisah di mana seorang makhluk kecil seperti kanak-kanak, kepalanya botak, tetapi sedikit jambul, ditemui sedang mencuri simpanan makanan (Baitul Mal) zakat fitrah di bawah jagaan Abu Hurairah. Apabila ditangkap serta hendak diadukan kepada Rasulullah saw bermacam-macam rayuan dibuatnya.
Rasulullah tidak menamakan dengan nama khas, tetapi kesimpulannya toyol sepertimana dipercayai oleh sesetengah masyarakat tetap wujud walaupun kita tidak dapat membuktikan dengan mata kepala. Sesuatu yang belum jumpa atau belum pernah melihatnya, tidak bererti ianya tidak wujud. Kalau mengikut kepercayaan orang Melayu, toyol itu kecil seperti kanak-kanak. Ianya menepati laporan hadis Abu Hurairah. Kalau kerjanya mencuri, juga selari dengan hadis tersebut. Tetapi mengenai hasil curian akan diberi kepada tuan, begitu juga untuk mendapatkannya kena memeluk suatu tiang di Mekah.
Wallahu A'lam Bis Sawab.

Untuk mengelakkan duit dari kena curi atau diambil oleh toyol, baca ayat Kursi ketika menyimpan dan juga semasa mengunci pintu tempat simpanan. Rahsia ini diberitahu sendiri oleh toyol kepada Abu Hurairah dan disahkan oleh Rasulullah saw sendiri tentang kebenaran kenyataan itu kepada Abu Hurairah r.a dan ternyata kehilangan tidak berlaku lagi setelah diamalkan oleh Abu Hurairah.

Labels:

posted by faQirilallah @ 3/22/2008 05:34:00 PM   0 comments
Penampar je jwbnye...huhuhu padan muka
Ada seorang pemuda yang sudah lama menuntut di luar negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3 pertanyaannya.
Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dinamakan takdir
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?
Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?
Pemuda: Ya!
Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu.
Pemuda: Saya tidak boleh.
Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan.

WaLlahu'alam...

Labels:

posted by faQirilallah @ 3/22/2008 05:21:00 PM   0 comments
Anjing..Ape cite nih..
Mar 21, 2008
SEMASA PROMOSI DIGI DI SEBERANG JAYA..

Amacam sahabat2?? Orang melayu kite pegang anjing cakap kau... Dasyat tuh... weh agak2 agak korang la kan Hang Tuah wat tak camnih... Najis Mughollazoh (Berat) nih. Slumber itik je diorang bermanja2.. punye banyak binatang lain yang halal disentuh tak mo plak diorang manja2, kambing pak Usop ada, lembu pak leman ada, kerbau pak mail ade... hmmmm. Pakai tudung pulak tu. Haduh sakit mata aku tgok... Melayu Cha!! Aku rasa dr kecik dah diajar ttg jijiknya sentuh anjing ni apetah lagi sentuh babi... ntah diaorg ni samak ke tak agaknya lepas pada tu ae... slumber badak jer..


Memang la menyentuh anjing ni boleh disamak tapi cubalah fikir apa faedahnnya kalau sekadar nak bermanja2 @ mengada2. Ni promosi DIGI liputan meluas tu tau, bukan promosi perubatan @ rawatan @ ape2 yang berkenaan... ish ish..tak tau la aku nak ckp pe lagi..

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?


ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.


LEMBU : eh? kenapa ?


ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!".


LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu .


ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?


LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.


ANJING: Wah .. ayat ko me man g power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"





Seronok cakap kau, siap berposing dgn camera lagi.. konon nak buat kenangan la tu... Akai ada ka... apa faedahnye...

ANJING adalah sebagai najis. Bagaimanapun, kita boleh menyentuhnya kerana ada KEPERLUAN atau ada sebab-sebab lain yang penting bukan nak mengada2 mcm nih.Apabila menyentuh anjing lebih-lebih dijilat atau terkena jilatan, kita perlu membasuhnya untuk menyucikan tangan atau sebagainya.

Menurut pandangan mazhab Shafie:"sentuhan biasa ketika sama-sama kering tidak perlu dibasuh tujuh kali termasuk sekali dengan tanah. Ini kerana menurut Sayyid Sabiq, walaupun anjing itu najis, bulunya tidaklah sabit sebagai najis".

Bagaimanapun, jika terkena jilatan anjing, hendaklah dibasuh tujuh kali termasuk dengan tanah untuk menyucikannya. Abu Hurairah meriwayatkan daripada Rasulullah (saw): “Sucinya bejana kau yang dijilat anjing ialah membasuh tujuh kali dengan air, satu yang utamanya dengan tanah.” Terdapat bukti saintifik anjing mendatangkan penyakit.


Labels:

posted by faQirilallah @ 3/21/2008 07:07:00 AM   0 comments
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com