"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

Tegahan Sebar Berita Yang Tidak Pasti Kebenarannya
Nov 12, 2015
As-Salamu'alaikum wa Rahmatullah,

Al-Hamdulillah was Solatu wa Salamu 'ala Sayyidina wa Maulana wa Habibina Rasulillah S.A.W. wa 'ala aalihi wa ashabihi ajma'in. Amma ba'du,

Semoga Allah Ta'ala mengampuni al-fagir, para Al-Muridin, para Al-Ahbab dan seluruh Muslimin & Muslimat.

Kini telah menjadi budaya kita semua, apabila menerima suatu perkhabaran @ berita disebarkan seluas-luasnya tanpa sebarang usul periksa. Malah lebih malang lagi, kita pula yang menghukumnya serta turut mengulas seolah-olah mahir dalam bidang tersebut.

Secara sedar mahupun tidak, sebenarnya kita telah termasuk ke lembah fitnah, malah kita telah melanggar arahan Allah dan Baginda Nabi S.A.W :

Firman Allah S.W.T :

وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِّنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ ۖ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ ۗ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا
 (Maksud) :
“Apabila datang kepada mereka suatu berita tentang kemenangan @ ketakutan, mereka menyiarkannya. Kalau saja mereka menyerahkannya kepada Rasul & ulil amri di antara mereka, tentulah orang² yang ingin mengetahui kebenarannya akan dapat mengetahuinya dari mereka (Rasul & ulil amri). Kalau bukan kerana kurniaan & rahmat Allah kepada kalian, tentu kalian mengikuti syaitan, kecuali sebagian kecil saja (di antara kalian).”
_(an-Nisa: 83)

Sebab Turunnya Ayat ini ialah :

Semoga Allah merahmati Ibnul Jauzi dalam Zadul Masir menyebutkan bahawa ada dua pendapat tentang sebab turunnya ayat ini.

1. Berdasarkan riwayat yang hanya dikeluarkan oleh al-Imam Muslim (Semoga Allah merahmatinya) dari Ibnu Abbas Radhiyallahu anhu, dari Sayyidina Umar Radhiyallahu anhu. Ketika Baginda Nabi S.A.W  mengasingkan diri dari isteri-isteri baginda, Sayyidina Umar masuk ke dalam masjid & mendengar manusia mengatakan bahawa Baginda Nabi S.A.W  telah menceraikan isteri-isterinya. Lalu beliau menemui Baginda Nabi S.A.W  seraya bertanya, “Apakah Tuan telah menceraikan isteri-isteri Tuan?” Baginda Nabi menjawab, “Tidak.” Sayyidina Umar pun keluar sambil menyeru, “Ketahuilah, Rasulullah tidak menceraikan isteri-isterinya.” Lalu turunlah ayat ini.

2. Berdasarkan riwayat yang dikeluarkan oleh Abu Shalih dari Ibnu Abbas Radhiyallahu anhu, Baginda Rasulullah S.A.W mengutus sariyyah (pasukan khusus yang jumlahnya 4 sampai 400 orang). Kemudian terdengar berita bahwa mereka menang @ kalah. Akhirnya orang-orang  membicarakan & menyebarluaskan berita tersebut. Mereka tidak bersabar hingga Baginda Nabi S.A.W yang menyampaikan berita itu, kemudian turunlah ayat ini.

Al-Imam Muslim Rhm (kitab Shahih), menyebutkan sebuah riwayat dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda bersabda :
كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ
“Seseorang itu dianggap telah berdusta apabila memberitakan seluruh perkara yang ia dengar.”

Ayat di atas juga mengandungi larangan kepada kita supaya terburu-buru menyiarkan sesuatu berita @ info apabila pertama kali mendapatnya @ mendengarnya. Kita diperintahkan untuk memikirkan dan menelitinya terlebih dahulu sebelum menyampaikannya, apakah hal itu membawa maslahat (kebaikan umum) apabila disampaikan atau tidak ada manfaat sehingga tidak boleh disebarkan.

Khawatirlah apabila sesuatu perkara itu tersebar dengan sebab mulut @ tangan kita, secara tidak sedar kita telah menyebarkan berita yang mengandungi Fitnah yang akhirnya akan menzalimi orang lain. Yang balasannya dari sisi Allah amatlah pedih. Mudah-mudah kita dipelihara Allah Ta'ala dari demikian.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, sesungguhnya Baginda Rasulullah S.A.W telah bersabda (Maksud):
“Barang siapa yang beriman kepada Allah & hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat..” Au ka ma qal.
[Bukhari no. 6018, Muslim no. 47]

Wallahu'alam.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..
kami sangat lemah tanpa Bimbingan-Mu,
kami sangat dhaif tanpa Pertolongan-Mu,
kami sangat kerdil tanpa Bantuan-Mu,
kami terkapai-kapai tanpa Pimpinan Hidayah-Mu,
oleh itu Wahai Yg Menguasai Langit & Bumi,
Wahai Yang Membolak Balikkan hati-hati,
Bimbinglah kami, Tolonglah kami, Bantulah kami, Pimpinlah kami 
dalam menghadapi & menempuh zaman yang penuh fitnah ini,
Tetapkanlah hati-hati kami di dalam ketaatan & Agama-Mu.
Ampunkanlah dosa-dosa kami & sekalian Muslimin Muslimat..


alfaqir Muhammad Syafi'i Hidayatullah Al-Azhari
Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala, JAWI K.L.

Labels:

posted by faQirilallah @ 11/12/2015 12:40:00 PM   0 comments
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com