"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

Inilah Hak kita
Jul 24, 2009
Assalamualaikum wa rahmatullah,

Apakah dinamakan hak?? Selalu kita dengarkan ada orang @ kita sendiri mengamuk kerana ini memperjuangkan hak. Hak bersuara, Hak rakyat, Hak sebagai pelajar, Hak sebagai pengguna, Hak sebagai pekerja, Hak sebagai isteri, Hak sebagai suami, Hak sebagai madu (hehehe ops terlebih sudah), Hak sebagai anak, Hak sebagai pemilik dan hakhakhak.. x termasuk incredible hulk..

Namun yang mahu al-faqir ingin kupaskan disini bukanlah hakhakhak seperti diatas malah ianya hak yang lebih utama dan terpenting dari hakhakhak diatas. Yang mana hak-hak ini seringkali tidak dijuangkan malah diabaikan walaupun setiap masa kita berkesempatan memperjuangkannya.

" Kami telah diceritakan oleh Syeikh Kami, Syeikh Muhammad Husni Ginting B. Muhammad Hayat Ginting al-Langkati al-Azhari asy-Syafi'e, telah diriwayatkan oleh Imam an-Nawawi di dalam kitab Al-Azkar,
-Daripada Abi Hurairah, daripada an-Nabi sallalahu 'alaihi wa sallam, telah bersabda Baginda :
(( Hak orang Muslim keatas orang Muslim yang lain ada 5 perkara : menjawab salam, menziarah yang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi jemputan (undangan), menjawab bersin ))
Dan pada riwayat Imam Muslim (( Hak orang Muslim keatas orang Muslim yang lain ada 6 perkara : apabila berjumpa seseorang kamu akan Muslim yang lain maka berilah salam kepadanya, apabila ia menjemput (mengundang) kamu maka penuhilah ia, apabila ia meminta nasihat maka nasihatlah kamu baginya, apabila ia bersin dan memuji Allah Ta'ala maka jawablah bersinnya, apabila ia sakit maka ziarahlah ia, apabila ia meninggal dunia maka iringilah ia ))."

Makanya hak yang al-faqir maksudkan disini ialah hak orang Muslim ke atas orang Muslim yang lain. Oleh yang demikian, al-faqir menyeru diri sendiri dan para pembaca moga memelihara Hak-hak ini demi membuktikan keimanan kita dengan Hadith Rasulullah s.a.w seterusnya mengemis dan mengharap redha Allah S.W.T. Inilah yang paling utama.

Hak orang Muslim keatas orang Muslim yang lain :

1. Apabila berjumpa seseorang kamu akan orang Muslim yang lain maka berilah ucapan salam (yang sempurna) kepadanya.

2. Apabila ia menjemput kamu (mengundang ke majlis) maka penuhilah jemputannya.

3. Apabila ia meminta nasihat maka nasihatlah kamu baginya.

4. Apabila ia bersin setelah itu ia memuji Allah Ta'ala maka jawablah bersinnya.
- Si bersin : " الحمد لله " - alhamdulillah : segala puji bagi Allah
- Yang mendengar : " يرحمك الله " - yarhamukallah : merahmatillah Allah akan kamu
- Si bersin : " يهدكم الله ويصلهم بالكم " - yahdikumullah wa yoshlihum balakum : memberi petunjuklah Allah keatas kamu dan memperbaiki urusan kamu.

5. Apabila ia sakit maka pergilah berziarah kepadanya.

6. Apabila ia meninggal dunia maka iringilah ia ke kuburannya.

Inilah Hak kita.. Wallahu 'alam.

Labels:

posted by faQirilallah @ 7/24/2009 05:26:00 AM   0 comments
Alahai Syurga Cinta....
Jul 19, 2009
Assalamualaikum wa rahmatullah..

Beberapa bulan sudah, Malaysia disajikan dengan sebuah filem yang bertajuk "Syurga Cinta". Dan saya pasti diluar sana tidak akan terlepas dari menontonnya. Bersesuaian dengan suasana dan situasi jiwa remaja Malaysia kini, filem ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan para muda-mudi yang sedang hangat bercinta.

Walaupun cerita ini masih terdapat kelemahan dan ianya masih bukan cara yang dianjurkan Islam dan berada dilandasan yang sepatutnya, namun ia mungkin sudah mencukupi untuk tampil ke tengah bagi mengingatkan dan seterusnya menyelamatkan mudi-mudi dari terus hanyut dalam arus percintaan dan pergaulan tanpa batasan. Kalau tidak pada anda, cukuplah saya katakan yang ia telah memberi kesan kepada diri saya, dari setiap minit cerita ini, seolah-olah saya ditembak oleh butiran peluru kata-kata watak2 ini. hehehe. (ko jangan gelak rin!!).

Itulah yang sepatutnya, Si tahu membimbing Si tidak tahu.. Kalau Si tahu hanya mengikut apa yang dilakukan oleh si tidak tahu, bak kata seorang sahabat "Ini dayus namanya". Malah tidak beramal dengan apa yang dipelajarinya. So jawablah depan Allah Ta'ala nanti. Tapi inilah hakikat yang sering berlaku kini..

Sebenarnya sedar @ tidak, diluar sana terdapat remaja2 yang berkobar-kobar ingin memulakan percintaan setelah menonton filem ini..Ini adalah tindakan yang salah.. Jelas terbukti beberapa orang disisi saya. Perlulah diingatkan, janganlah menjadikan filem ini sebagai hujjah @ sebagai contoh untuk kita memulakannya. Kerana filem ini adalah lakonan yang boleh dikatakan seperti mengubati penyakit bukanlah mencegah dari penyakit.

So yang mana baik dalam filem ini, ambik dan genggam sehingga ia meresap ke dalam diri. Yang mana yang tidak elok itu, semestinya kita tinggalkan.

Berubahlah kita kepada kebaikkan kerana disana Redho Allah menanti. Klik sini untuk komentar ttg filem ini (http://saifulislam.com/?p=6135#more-6135)

P/S : Carilah Cikgu Syuhada @ ciri2 seumpamanya, menjaga Islam semampunya.. Hehehe.
Tapi jangan lupa.. Bukan senang nak jumpa yang terbaik.
Wanita Solehah untuk Lelaki Soleh.. Dan ingat seseorang itu dinilai pada saat terakhir kehidupannya.. "Ittaqillah ya nafsi".


Labels:

posted by faQirilallah @ 7/19/2009 06:00:00 AM   3 comments
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com