Pada era teknologi wireless serta maxis dan celcom broadband kini, umat islam dilanda semacam pelik jugak la fi'il2nya xspecially MalaysiaWorld.com. Dimana istilah2 yang datang dari Islam tercinta seolah dinodai sesuka hati.
Try kita perhatikan cara kita memberi salam tatkala menjawab telefon @ bertandang ke rumah rakan taulan @ berjumpa dengan sesiapa yang seagama dengan kita. Ke memang kita takde pun member salam???
Gejala 1:
Biasanya kita akan dengar @ kita sendiri yang akan memberi salam dengan lafaz "Semekom". Ape ke benda suma ni?? Rasulullah tak ajar kita memberi salam gaya begini.
Gejala 2 :
Ada jugak diantara kita @ kita sendiri yang memberi salam dengan lafaz "Semek.Kom". Wei tau la kita ni di zaman I.T. Takkan la Salam pun kita nak letak Dot Com.
Gejala 3:
Memberi salam dengan lafaz assam-alaikum, bermaksud celakalah keatas kamu.
Gejala 4:
Tgok dalam SMS, ditypenya Askum @ akum @ Salam @ alaik @ ass…
*Askum ; dikatakan adalah ucapan yahudi
*Akum : dikatakan juga ucapan yahudi
*Salam : ketahuilah, bahawa orang yahudi apabila mereka berjumpa sesama yahudi, mereka akan mengucapkan perkataan "Salom" jd adakah kita hamper dengan mereka. Apabila disebut "As-salam" itu menunjukkan perkataan ma'rifah (yang diketahui). Kita tahu dr Allah lah salam itu. Apabila disebut "Salam" menunjukkan perkataan naqirah iaitu umum, dr sape Salam(selamat) itu.
*Alaik ; bermaksud keatas kamu. Klu type memberi salam hanya dengan perkataan alaik, Ape yang atas kamu?
*Ass : dalam bahasa Inggeris bermaksud Ponggong. Kata orang utara Pungkoq…
si pembaca akan baca macam mana???
Adakah si pembaca SMS tu akan baca "Assalamualaikum warahmatullah". Dan akan menjawab "wa'alaikumussalam warahmatullah" ???
***Ambik port la skit tentang Salam yang kita sampaikan. Tolong la…
"Assalamu" adalah satu perkataan yang menunjukkan nama Allah yang Maha Sejahtera. Dan "alaikum" adalh bermaksud keatas sekalian kamu.
So bila digabungkan "Assalamu + alaikum" memberi maksud semoga Allah yang Maha Sejahtera mensejahterakan kamu. Ia merupakan doa kita kepada sesiapa yang seIslam dengan kita agar ia disejahtera dan diselamatkan Allah dari segala macam fitnah dan bala bencana dunia.
Disebabkan itulah kita diwajibkan menjawab salam.
Apabila ucapan salam dipermainkan, maka umat islam disekeliling kita tidak lagi selamat. Sebagai bukti:
-cth 1: "Semekom bro, malam ni kita nak lepak mana???"
berapa ramai orang yang memberi salam yang memakai seluar pendek yang dilehernya tergantung rantai berkalung buah naga(konon hang kongsi gelap)..
-cth 2: " Assam alaikum, alhamdulillah, saya bersyukur sangat2 kerana dianugerahkan pelakon kebret popular pada kali ini, bahawasanya kejayaan saya ini adalah pilihan Allah."
(ini ucapan orang jahil lagi murakkab)
Artis2 terbelah dada, rambut macam merak nak berak memberi ucapan salam di atas stage dan berterima kasih kepada Allah atas anugerah yang diterima.
Dan Macam2 lagi…
So Hayatilah ucapan Salam kita.
Sabda Nabi S.A.W yg bermaksud :"As-Salam sebahagian nama2 Allah S.W.T. Allah S.W.T meletakkannya di bumi maka sebarkanlah di antara kamu. Lelaki Islam apabila melalui sesuatu puak lalu dia memberi salam kpd meraka, lantas mereka menjawab salamnya, maka lelaki tersebut mendapat kurnia 1 darjat krn mengingatkn mereka dgn Salam dan sekiranya mereka tidak menjawab salam itu, maka akn ada org lain yg tlebih baik & mulia yg akan menjawabnya". _al-baihaqi
Labels: Kalam asySyafie |