"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

Balasan Kerana Derhaka Kepada Suami
Feb 23, 2008
Saban malam, seorang ibu dari keturunan Bani Israil berendam air mata. Hatinya dibalut rasa pilu setiap kali menatap anaknya yang menderita disebabkan penyakit misteri. Selain berdoa siang dan malam, si ibu berusaha mengubati anaknya itu. Namun tiada tanda penyakitnya akan sembuh, sebaliknya bertambah teruk.

Satu malam, selepas memberikan anaknya ubat, dengan linangan air mata, si ibu berdoa ke hadrat Allah, sekali gus bernazar jika penyakit anaknya sembuh. Dengan kehendak Allah, tidak berapa lama kemudian, si anak yang sekian lama terlantar perlahan-lahan sebuh. Selera makannya bertambah dan dalam waktu terdekat, dia kembali pulih.

Sekali lagi dengan iringan air mata, si ibu tak henti-henti meluahkan rasa syukur kepada Allah. Sesungguhnya dia merasa cukup terharu selepas doanya dimakbulkan. Sambil tersenyum dia mengusapkan rambut anak lelakinya itu dengan penuh kasih sayang. Lantaran terlampau gembira, ibu tadi terlupa menunaikan nazar yang dilafazkan ketika berdoa. Hinggalah pada suatu malam, dia bermimpi dikunjungi seorang lelaki tua yang tidak dikenalinya.

Lelaki itu berkata kepadanya dalam nada marah, "Hai perempuan! Tunaikanlah nazarmu agar kelak engkau tidak ditimpa musibah daripada Allah." Sejurus kemudian lelaki tersebut lenyap dan si ibu tersentak daripada tidurnya. Beberapa kali dia beristighfar sambil mengurut dadanya yang berdebar kencang. Digosok-gosok kelopak matanya, kemudian dia termenung memikirkan mimpi itu. Perasaan takut telah menerjah-nerjah nalurinya.

Keesokan malamnya, si ibu memanggil anaknya. Lalu diceritakan perintah lelaki tua dalam mimpinya serta nazar yang belum ditunaikan. "Nazar apa?" tanya si anak. "Begini... semasa kamu sakit tempoh hari, mak bernazar sekiranya kau sembuh, mak berjanji untuk keluar dari dunia ini selama tujuh hari. Doa mak dimakbulkan tapi hingga ke hari ini nazarnya belum dapat ditunaikan," jelas si ibu. "Apa yang mesti kita lakukan?" tanya si anak selepas agak lama termenung. "Apa lagi galikan sebuah lubang kubur untuk mak!" perintah si ibu. "Gali kubur? Tapi.. bukankah kubur hanya untuk orang mati?". Soal si anak penuh kehairanan. "Dah, jangan banyak tanya. Gali kubur, kemudian timbuskan mak. Selepas tujuh hari, kau galilah semula. Insya Allah mak akan selamat," ujar si ibu selamba.

Dalam keadaan terpinga-pinga, si anak akur dengan perintah ibunya. Lalu dia segera mengambil cangkul, melakukan apa yang disuruh. Setelah selesai si anak membaringkan tubuh ibunya dalam liang lahad. Dengan linangan air mata, si ibu menadah tangan lalu berdoa: "Ya Allah, Engkau telah memenuhi permintaan dan doaku. Sekarang aku akan tunaikan nazarku. Peliharalah aku daripada kebinasaan alam kubur ini, ya Allah dan selamatkanlah anakku."

Dalam keadaan serba salah si anak meletakkan papan keranda dan menyodok tanah untuk mengambus lubang kukur itu. Dia kemudian berjalan pulang sambil air matanya tak henti-henti mengalir. "Mungkin ibuku sedang meronta-ronta kelemasan sebelum menghembuskan nafas terakhir," bisik si anak mengenangkan nasib sibunya. Si anak mengira hari dan dirasakannya waktu terlalu lambat bergerak. Namun sesaat pun si anak tidak lupa meohon agar Allah sentiasa memelihara ibunya.Didalam kubur, si ibu merasakan lubang kuburnya semakin hari semakin luan. Beberapa ketika kemudian, dia terpandang imbasan cahaya disebelah kanan kepalanya. Lalu dia menoleh. Didapati ada suatu lubang kecil di sebelahnya yang amat terang. Apabila di intainya ternampaklah sebuah taman yang penuh dengan bunga-bungaan yang amat indah. Belum pernah dia melihat taman seindah itu seumur hidupnya.

Si ibu tambah tersentak apabila ternampak dua wanita sedang duduk di tepi sebuah kolam yang jernih airnya. Seorang berwajah sugul sementara yang seorang lagi begitu ceria. Menyedari kehadirannya, wanita berwajah ceria bersuara: "Wahai perempuan, silakan masuk dan duduklah bersama kami" pelawanya penuh sopan. Sejurus itu lubang kecil di kubur si ibu perlahan-lahan membesar sehingga memudahkannya berjalan masuk ke taman tersebut. Dihampirinya kedua-dua wanita itu. Tiba-tiba muncul seekor burung, lalu melebarkan sayapnya ke atas kepala wanita ceria itu. Tidak berapa lama kemudian, seekor lagi datang mematuk- matuk kepala wanita berwajah muram itu.

Kejadian itu memeranjatkan si ibu. Dia bertanya kepada perempuan yang dipayungi burung itu. "Bagaimana kamu memperolehi kemulian ini?" tanyanya lagi. "Semasa di dunia, aku mentaati suamiku. Semasa aku kembali menemui Tuhan, dia redha kepadaku sehingga kini. Maka Allah muliakan aku seperti mana kamu lihat." Setelah itu, si ibu tadi bertanya pula kepada wanita yang melolong-lolong setiap kali burung mematuk kepalanya. "Semasa di dunia," jawabnya tersekat-sekat, "aku perempuan yang soleh, tidak pernah aku melanggar perintah Allah, tetapi aku sering kali derhaka kepada suamiku." Apabila aku meninggal, dia berada dalam keadaan tidak redha kepadaku... maka itulah Allah jadikan kubur ini tempat penyiksaan. "Jika kamu kembali ke dunia nanti, ceritakan kepada suamiku, yang aku memohon ampun dan maaf." "Insya Allah," jawab si ibu tadi perlahan, menahan hiba.

Tujuh hari kemudian,setelah tinggal bersama-sama dua orang wanita tersebut, si ibu masuk semula ke kuburnya. Sedar-sedar anak lelaki ibu tadi sudah berada di sisinya. Kedua-dua anak beranak itu berpelukan dengan air mata berjejeran kerana tidak menyangka dapat berjumpa semula. Sebaik si anak membawa ibunya pulang, hebohlah ke seluluh kampung bahawa si ibu telah kembali semula selepas seminggu dikebumikan.

Berduyun-duyunlah orang menziarahi perempuan tersebut, bertanyakan pengalamannya selama tujuh hari berada dalam kubur. Di antara yang hadir itu termasuklah suami perempuan kedua yang ditemui si ibu tadi semasa di alam kubur. Sebaik mendengar pengalamannya, lelaki itu pun bersuara. "Dialah arwah isteri saya" kata lelaki itu sayu. "Malang sekali, sekarang dia sedang diseksa kerana derhaka kepada kamu Ampunilah dia agar arwah dapat ketenangan di sana," jelas ibu itu. "Baiklah... aku ampunkan segala dosanya terhadapku dan aku redha dengan pemergiannya," sambung lelaki itu lagi.

Aneh, malam itu si ibu bermimpi didatangi perempuan yang dipatuk burung. "Bagaimana keadaan kamu sekarang?" tanya si ibu itu. "Alhamdulillah, aku selamat daripada seksaan kerana pertolonganmu menyampaikan pesan agar suamiku memaafkan dosaku. Semoga Allah membalas kebaikanmu dan mengampunkan engkau," ujar wanita itu terharu. Si ibu terjaga lantas beristighfar beberapa kali.

Labels:

posted by faQirilallah @ 2/23/2008 10:43:00 PM   0 comments
Tinggal Solat Jadi Babi Hutan oi!!
Seorang anak mendatangi Rasulullah sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah S.A.W yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain.


"Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu.



Segeralah Rasulullah memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan.



Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah S.A.W.
Maka datanglah sendiri Rasulullah S.A.W ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya.




Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.
Melihat kejadian itu, Rasulullah menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya. "Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu.




Kemudian Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

Labels:

posted by faQirilallah @ 2/23/2008 10:43:00 PM   0 comments
Berkat Bismillah
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.

Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah.

Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya.
Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini."
Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya.

Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya. Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim."

Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Labels:

posted by faQirilallah @ 2/23/2008 10:05:00 PM   0 comments
aku sangat benci kepada yang hak dan sangat cinta kepada fitnah
Abu Nawas adalah seorang yang cerdik dan mempunyai pemikiran yang luas, tetapi perwatakannya sangat melucukan dan menjadi bahan ketawa kepada orang ramai pada masa itu. Beliau sangat disanjungi dan disayangi oleh Khalifah Harun Al-Rashid.

Pada suatu hari Abu Nawas pergi ke pasar untuk berjumpa kawan-kawannya. Keadaan pasar pada pagi itu sibuk dengan orang ramai yang sedang membeli belah. Apabila tiba sahaja di pasar Abu Nawas berkata "Hai kawan-kawanku, aku sangat benci kepada yang hak dan sangat cinta kepada fitnah" dan beliau berkata lagi "Aku sesungguhnya pada hari ini sangat kaya malah lebih kaya daripada Allah".

Orang ramai yang mendengar ucapan Abu Nawas mulai rasa curiga dan menuduh Abu Nawas sudah tidak siuman lagi karana semua orang sangat mencintai kepada perkara yang hak dan membenci kepada fitnah dan sesungguhnya Allah maha kaya dari sekelian makhlukNya.

Orang ramai yang berada disitu telah menangkap Abu Nawas dan membawanya mengadap Khalifah Harun Al-Rashid. Orang ramai memberi tahu Khalifah Harun Al-Rashid tentang ucapan Abu Nawas di pasar tadi, Khalifah sangat marah dengan kata-kata Abu Nawas.

Oleh kerana Khalifah adalah seorang pemerintah yang adil, beginda tidak terus menghukum Abu Nawas sehingga beliau benar-benar pasti akan kebenaran kata-kata Abu Nawas.

Khalifah bertanya kepada Abu Nawas "Adakah benar kamu mengatakan bahawa kamu sangat membenci kepada yang hak dan mencintai kepada fitnah?". "Benar wahai Amirul Mukminin" jawab Abu Nawas. Khalifah bertanya lagi "Adakah benar kamu mengatakan bahawa kamu lebih kaya daripada Allah?". Jawab Abu Nawas "Benar wahai Amirul Mukminin".

Khalifah Harun Al-Rashid sangat marah kepada Abu Nawas kerana setahunya Abu Nawas adalah seorang yang alim dan sentiasa bertakwa kepada Allah. Khalifah berkata "Apakah yang telah terjadi kepada kamu?. Telah kafirkah kamu kerana sanggup mengucapkan kata-kata tersebut?". Abu Nawas tersenyum dan berkata "Sabarlah wahai Amirul Mukminin, dengarlah dahulu penjelasan hamba" "Apa yang kamu hendak jelaskan lagi, bukankah kata-kata kamu sudah jelas dan nyata" jawab Khalifah. "Begini wahai Amirul Mukminin" jawab Abu Nawas dan menyambungnya lagi "Aku sering mendengar orang membaca talkin bahawa mati itu adalah hak dan neraka adalah hak, bukankah mati dan neraka sangat dibenci oleh orang ramai" "Saya rasa Amirul Mukminin juga membenci akan mati dan neraka sama seperti saya membencinya" kara Abu Nawas. Khalifah Harun Al-Rashid mengangguk-nganggukkan kepalanya menandakan kebenaran kata-kata Abu Nawas.

"Bagaimana pula dengan kata-kata mu bahwa kamu sangat mencintai kepada fitnah" kata Khalifah. Jawab Abu Nawas "Anak dan Harta boleh membawa kepada fitnah, tidak ada seorang pun yang membenci akan anak dan harta. Khalifah sendiri sangat mencintai anak dan suka mengumpulkan harta". Khalifah sekali menganggukkan kepalanya sebagai menandakan kebenaran kata-kata Abu Nawas.

Khalifah Harun Al-Rahid bertanya lagi "Terangkan kepada ku bagimana kamu mengatakan bahawa kamu lebih kaya daripada Allah". Abu Nawas menjawab dengan selamba "Saya mempunyai ramai anak sedangkan Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan". Orang ramai yang berada disitu berasa lega dan berpuas hati diatas penjelasan Abu Nawas. Mereka pun beredar dari situ untuk meneruskan aktiviti masing-masing.

Khalifah Harun Al-Rashid memberikah hadiah kepada Abu Nawas diatas kebijaksanaannya dan berkata berkata kepada Abu Nawas "Apakah sebenarnya yang menyebabkan kamu mengucapkan kata-kata tersebut di khalayak ramai".

Abu Nawas menjawab bahwa dia ingin berjumpa dengan Amirul Mukminin, hanya dengan cara itu sahajalah dia dapat berjumpa dengan Amirul Mukmini.

Setelah berbual-bual dengan Khalifah Harun Al-Rashid, Abu Nawas memohon diri dan beredar dari situ.

Labels:

posted by faQirilallah @ 2/23/2008 09:32:00 PM   0 comments
Manusia, Aliran Sesat, dan Pencuri Ayam
Dalam sebuah pengajian rutin yang diadakan di kampung, seorang warga bertanya kepada sang kiai soal aliran sesat yang bermunculan belakangan ini. Mulai Lia Aminuddin yang mengaku sebagai pasangan Malaikat Jibril hingga Ahmad Moshaddeq, Pengasasa Al Qiyadah al-Islamiyah yang mengaku sebagai rasul.
"Mengapa selalu saja ada aliran yang dianggap sesat dalam Islam?" tanya si warga kepada kiai yang di kampungnya dikenal sebagai guru Agama itu.

Sang kiai terdiam sesaat. "Enta pernah dengar kisah-kisah Abu Nawas?" tanya sang kiai. Yang ditanya menggelengkan kepalanya.
Suatu ketika, cerita kiai itu, Abu Nawas ditanya tiga orang dengan pertanyaan yang sama: "Manakah yang lebih utama, orang yang mengerjakan dosa-dosa besar atau dosa-dosa kecil?"
Kepada orang pertama,
Abu Nawas menjawab: orang yang mengerjakan dosa kecil.
"Sebab, lebih mudah diampuni oleh Allah."
Mendengar jawaban itu, orang pertama puas, lalu meninggalkan Abu Nawas.
Orang kedua,
datang dengan pertanyaan sama mendapatkan jawapan berbeza dari Abu Nawas.
"Yang paling utama adalah orang yang tidak melakukan keduanya. Tidak melakukan dosa besar, juga tidak melakukan dosa kecil," jawab Abu Nawas. "Dengan tidak melakukan keduanya, orang tidak perlu pengampunan dari Allah."
Jawaban Abu Nawas ini membuat orang kedua puas, lalu pergi.
"Manakah yang lebih utama, orang yang mengerjakan dosa-dosa besar atau dosa-dosa kecil?" Pertanyaan ini juga dilontarkan oleh orang ketiga yang datang kemudian.
Kepada orang itu, jawapan Abu Nawas kembali berbeza.
"Orang yang mengerjakan dosa-dosa besar," jawabnya.
"Sebab, pengampunan Allah kepada hamba-Nya sebanding dengan besarnya dosa hamba itu," tambahnya lagi. Orang ketiga ternyata menerima alasan Abu Nawas.
Diam-diam, ketika Abu Nawas ditanya tiga orang itu, salah satu muridnya yang paling kritis memperhatikan dan dia agak keliru dah musykil.
"Mengapa guru memberikan jawapan yang berbeza kepada ketiga-tiga orang yang datang dengan pertanyaan sama?" tanya murid itu.
Abu Nawas lantas menjelaskan bahwa sesungguhnya manusia itu dibagi menjadi tiga tingkat: tingkat mata, otak, dan tingkat hati.
Tingkat mata itu seperti halnya anak kecil yang melihat bintang di langit, lantas dia menyimpulkan bahwa bintang itu kecil, seukuran sebiji bola. Itu terjadi karena dia hanya menggunakan mata.
Tingkat otak adalah orang yang berpengetahuan. Ketika melihat bintang di langit, dia mengatakan, bintang itu benda planet yang besar. Terlihat kecil sebesar sebiji bola kerana letaknya sangat jauh dari bumi.
"Lalu, apakah tingkat hati itu?" tanya murid itu lagi.
"Orang yang pandai dan mengerti. Dia tetap mengatakan bahwa bintang itu kecil walau pun dia tahu bintang itu besar. Sebab, bagi orang yang mengerti, tidak ada sesuatu apa pun yang besar jika dibandingkan dengan ke-Maha Besar-an Allah.
Mendengar cerita tentang Abu Nawas tersebut, si warga tadi agak bingung.
"Apa hubungan antara aliran sesat dan cerita Abu Nawas?" tanya dia.
Sang kiai kampung itu kembali terdiam. Setelah menghela napas panjang, dia menjelaskan bahwa maraknya aliran sesat yang muncul belakangan ini, termasuk semakin banyaknya orang yang mengaku sebagai nabi dan rasul, kerana mereka masih berada dalam tingkat mata. "Menyimpulkan ajaran agamanya berdasarkan apa yang dilihat."
Kalaupun naik, mungkin hanya sampai pada tingkatan otak. "Dia mempelajari sendiri ajaran agama, diolah di otaknya secara ikut sukanya, kemudian disimpulkan sendiri, tanpa mau bertanya kepada orang yang lebih arif," jelas sang kiai.
Lantas, dicontohkan kisah Ahmad Moshaddeq, si pendiri aliran Al Qiyadah al-Islamiyah. Moshaddeq yang bernama asli Abdussalam itu sebelumnya aktif melatih bulu tangkis mulai 1971-1982. Setelah tidak melatih, dia mempelajari Alquran secara otodidak.
Setelah itu, dia punya pemahaman dan keyakinan sendiri sehingga akhirnya mengaku telah mendapatkan wahyu kerasulan melalui mimpi saat berada di Bogor sekitar enam silam. Dia mengaku menerima wahyu setelah berpuasa siang-malam selama 40 hari.
Selanjutnya, dia mendirikan Al Qiyadah al-Islamiyah dan mengaku sebagai rasul bergelar Al Masih al-Maw?ud.
"Apakah kita berhak memarahi mereka atau kalau perlu memusnahkan mereka agar tak menular kepada yang lain?" tanya si warga mulai emosional.
"Kita ini sudah telanjur menjadi bangsa yang salah tindakan dan mudah sekali marah. Ketika mengadili seseorang yang dianggap bersalah, sering tak dilihat kesalahannya apa. Yang terjadi, dipukul rata," jelasnya.
"Mereka itukan sebenarnya sedang mencari jalan menuju Tuhan. Hanya cara mereka sahaja yang salah. Tapi, kita memperlakukan mereka tak ada bezanya dengan pencuri ayam. Dikejar-kejar, kemudian dihukum atau diserahkan kepada polis."
Penjelasan sang kiai kampung itu membuat si warga tadi mulai mengerti.
"Bererti para penghukum masih perlu menghormati dalam melakukan timbangan keatas orang yang "hanya" salah dalam memahami agama. Padahal, dengan memusnahkankan jelas-jelas merugikan negara?" kata si warga, merespons penjelasan kiainya.
Sang kiai pun bernafas lega. Dia bersyukur dapat menjelaskan persoalan berkenaan aliran sesat kepada warganya, meski dengan bahasa kampung.

Labels:

posted by faQirilallah @ 2/23/2008 07:50:00 PM   0 comments
ele tak bersanding baik tak yah kawen??
Feb 22, 2008
Assalamualaikum wa rahmatuLlah..

Setiap manusia yang sempurna mengimpikan alam perkahwinan. setuju?! huhu
so sure la ada yg bercita-cita nak mengadakan kenduri-kendara yg grand-grand, bersanding, pakai itu pakai ini dan macam-macam lagi... confirm punye la..

Memang isu ini seakan-akan remeh tapi pikir balik la, Ini cerita nak bina sebuah keluarga, kalau awal-awal pembentukan keluarga dah ada sumber-sumber haram, agak-agaknya berkat ke ae??!! n bagaimana pulak pabila keluarga dah berkembang nanti..renung-renungkanlah ye...

So mari sama-sama kita enjoy dalam menelusuri hukum-hakam berkenaan perkahwinan xspcially majlis persandingan dimana ada suara-suara yg mengatakan: " ele takde bersanding, takde maknanye.. baik tak yah kahwin". hmm kawen utk bersanding ker!!

Kadang tu nak tergelak pun ade bile dengar kata-kata mcm tu, tp inilah hakikat minda masyarakat Melayu sekarang.. Salah siapa?? sendiri jawablah ye....

Oleh yg demikian,disini Si tukang taip ni telah mencubit semuka dua berkenaan adat bersanding dah hukum2nya.. rightcopy_Panduan Lengkap Kehidupan Muslim.PMRAM

--->" Biasanya pengantin akan diarak dengan iringan paluan kompang, manakala kanak-kanak membawa bunga manggar. Serentak dengan itu, adat menabur "ambo-ambo" iaitu pulut kuning beserta wang syiling kepada tetamu dijalankan sebagai meraikan kanak-kanak. Pertunjukan silat juga dipersembahkan untuk mengekalkal adat Melayu.

Selepas itu, ada sesetengah adat akan memberi bunga atau telur kepada pengantin untuk dicium atau ditiup, kononnya sebagai ubat untuk mengelakkan daripada sawan pengantin. Seterusnya pengantin akan dibawa daripada ke dalam rumah untuk disandingkan dan bergaya di hadapan tetamu.

Setelah makan beradap diadakan, pengantin akan dibawa ke halaman rumah untuk bersalaman dengan para tetamu dan orang-orang yang membantu memeriahkan majlisnya. Pada waktu malam pula, biasanya diadakan majlis makan malam. Di dalam majlis itu, adat memotong kek, nyanyi-nyanyian atau hiburan akan dijalankan. Kebiasaannya pada malam itu, pengantin lelaki akan memakai pakaian moden ala inggeris manakala pengantin perempuan pula bergaun labuh dan bersarung tangan. Majlis ini biasanya dihadiri oleh kawan-kawan serta para sahabat handai dari kedua-dua belah pihak.

Disisi Syarak' setiap uparaca yang mempertontonkan pasangan pengantin di khalayak ramai adalah HARAM kerana akan menimbulkan fitnah. Cara terbaikialah perarakan yang dijalankan sepatutnya kepada pengantin lelaki sahaja bahkan itulah yang digalakkan sebagai menandakan kegembiraan menyambut hari perkahwinan.

Ada pun ambo beserta duit syiling yang ditabur, ia dibolehkan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Manakala upacara bersalaman dengan tetamu dan orang-orang yang membantu memeriahkan majlis tersebut dikira berdosa sekiranya bersalaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.Sebagai penyelesaiannya ialah bersalaman itu dilakukan diantara pengantin perempuan dengan tetamu perempuan sahaja manakala pengantin lelaki dengan tetamu sahaja.

Berkenaan dengan bersalaman, Ketua Majlis Fatwa Al-Azhar menyatakan: " bersalaman antara lelaki dan perempuan dengan berlapik serta tidak ada shahwat adalah tidak haram. adapun tanpa berlapik atau menimbulkan fitnah atau bersyahwat maka hukumnya haram."

Jika sekiranya bai'ah uang merupakan perkara besar dilarang berjabat tangan dengan perempuan, maka dalam keadaan biasa terlebih utama dirahamkan. Namun begitu, sebahagian ulama' membolehkan bersalaman dengan perempuan tua tanpa berlapik tetapi hukumnya makruh.

Adapun masalah hiburan ketika majlis perkahwinan, memang ia disuruh oleh Islam selagi menepati Syara' kerana hari perkahwinan adalah hari bersuka ria". <---

Hmm macam mana?! jelaskan pe yang diperkatakan...kan fitnah tu lebih teruk dari membunuh dosanya.. Sama-samalah kita berdoa agar tidak melakukan perkara-perkara yang melanggar hukum syara'. Biasalah kita ni manusia terkadang terlupa dan terlalai dengan dunia. Lagi pulak iman manusia ni kejap bertambah kejap berkurang. "Moga2 Allah menambah dan menguatkan Iman kita dari hari kehari seterusnya mengekalkannya."

Jika kita melakukan kesilapan, pintu taubat masih lagi terbuka selagi Seng Mentari tidak terbit di ufuk barat. itu janji Allah... mari sama2 kita mulakan sesuatu itu dengan perkara kebaikan, InsyaAllah perkembangannya kebaikan jua.

hai la kawen....
.
.
.
.
.
.
*owh ye sebelum terlupa..

Berkenaan Buku "Panduan Lengkap Kehidupan Muslim"

Pengisiannya bagus utk mereka yang bergelar muslim tertutamanya mahasiswa-mahasiswa al-Azhar.

Pengarangnya gandingan duet mantap graduan al-Azhar iaitu :
Ustaz Hj Wan Nik Azran Muhamed dan Ustazah Warnidah Wan Abdul Razak...
Boleh didapati di:
*stokis2 PMRAM yang berdekatan
*stokis2 BKAN (BKAN selangor x sure k)
*Stokis2 Setiap Muhafazah (utk yg di Mesir sahaja).
*Dan Utk yg jauh dari Mesir boleh membuat kiriman dari sahabat handai, anak buah, or ahli keluarga.
Harga :
*Mesir _ L.E 48.
*Malaysia _RM30 or RM20 lebih(anggaran)
tak termasuk tiket kapal terbang pergi dan balik @ wang pos ..
Sekian harap maklum.

Labels:

posted by faQirilallah @ 2/22/2008 07:18:00 PM   0 comments
Alkisah maka tersebutlah kisah
Alkisah....
Alkisah maka tersebutlah kisah,
Suku Sakat Samy Vellu datang beramai-ramai mengadap Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Fir***..
Pembetul___________Mana Perdana Menteri pakai Fir***_
Ops silap... maap ye..




Tatkala mereka bersatu hati dlm menyuarakan hak di bumi Orang Melayu. Dimanakah bangsa Melayu sendiri......

nanti aku sambung naaa. ni nak p tgok rumah yg nak dsewa ni.. huh byk keje skit akhir2 ni...


Labels:

posted by faQirilallah @ 2/22/2008 06:08:00 PM   0 comments
Manusia , Malaikat , Syaitan
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa?

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh?

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ..
*(kalau sempatlah cha!!)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia ? Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

_just copy n paste

Labels:

posted by faQirilallah @ 2/22/2008 05:54:00 PM   0 comments
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com