Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Apabila mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, dan kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.
Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut.
Rasulullah s.a.w menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek...
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
_____________
Moral Of The Story..
1. Setiap kejadian ada manfaatnya yg mana ianya perlu difikir secara halus utk mendapatkan rahsia2nya yg tersembunyi.
2. Jangan terlalu cepat menghukum akan sesuatu perkara.
3. Sekuncup2 daun semalu, ia tetap sejenis tumbuhan.. Sekuncup2 malunya seorang wanita, jika tiada boleh memporak-perandakan dunia.
4. Fikirlah, mungkin para sahabat dapat melihat lebih apa yg tersirat dari cerita di atas.
Segala puji bagi Allah Ta'ala, Selawat dan salam ku persembahkan utk Baginda S.A.W.
Post kali ini, sy nak kongsikan satu tajuk dan perbahasannya yang baru sy baca beberapa minggu yang lalu.. Bagi sy ianya menarik, dan membuatkan sy terfikir akan sesuatu. So para sahabat juga mesti membacanya seterusnya cuba fikirkan hikmah yg tersurat dan tersirat di sebalik artikel kali ini. Maka tertulislah di dalam sebuah buku yang bertajuk " ليلة الزفاف " yang bermaksud "Indahnya Malam Pengantin" akan sebuah tajuk :
"WANITA DICIPTAKAN UNTUK LELAKI"
Sebagai kemuliaan daripada Allah S.W.T untuk Nabi Adam alaihis salam dan untuk menemani kesunyiannya maka Allah S.W.T ciptakan untuknya Saidatina Hawa yang berasal dari bahagian jasadnya, dialah salah satu tulang rusuknya, Allah S.W.T berfirman yang ertinya : "Dialah (Allah S.W.T) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (dari suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain." (Ar-Rum : 21)
Diriwayatkan, ketika Saiyyidina Adam alaihis salam tinggal di dalam syurga ia berjalan-jalan di dalamnya, ia berasa sepi kerana tiada pasangan yang menemaninya, kemudian ia tidur dan ketika bangun tiba-tiba ada seorang perempuan sedang duduk dekat kepalanya yang diciptakan Allah S.W.T untuknya dari tulang rusuknya, lalu Sayyidina Adam alaihis salam bertanya : siapakah engkau? Dia menjawab : wanita, lalu Sayyidina Adam alaihis salam bertanya : Kenapa engkau diciptakan? Dia menjawab , agar engkau tenang bersamaku, l alu para malaikat yang mengetahui bahawa Sayyidina Adam alaihis salam sangat tinggi ilmunya, bertanya kepadanya : siapakah namanya Ya Adam? Ia menjawab: Hawa. Mereka bertanya, kenapa engkau memberi nama dengan Hawa? Ia Menjawab, kerana ia diciptakan daripada hidupku!
Maka Allah S.W.T berfirman yang ertinya : "Wahai Adam ! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, .." (Al-BAqarah : 35)
Dan telah ditetapkan dalam Sahihain (riwayat Imam Bukhori dan Imam Muslim) daripada Rasulullahi sallallahu alaihi wa sallam bahawa baginda bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya wanita diciptakan daripada tulang rusuk dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas."
Dan lihatlah wahai puteriku, ungkapan Al-Quran yang maksunya : Dan kami katakan : "Wahai Adam ! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, .." (Al-BAqarah : 35)
Maka seruan untuk Sayyidina Adam alaihis salam adalah asal sedangkan ungkapan tentang Sayyidatina Hawa dengan menyembunyikan namanya kerana penyebutannya tidak penting sebab dia mengikut kepada Sayyidina Adam alaihis salam diungkapkan hanya sebagai isteri kerana sejak awal mula dia diciptakan untuk menjadi seorang isteri, dan inilah peranannya yang merupakan tujuan penciptaannya.
Dalam pandangan filasafat Socrates (Ahli Philosopy) yang bijaksana menganggapnya sebagai hidayah paling indah yang Allah S.W.T berikan kepada manusia.
________Tamat Tajuk Wanita Diciptakan Untuk Menemai Lelaki________________
Lama rasanya sy x berblog nih, so hari ni sy nak kongsikan kpd sahabat2 satu kisah yg mana kisah itu akan dikisahkan oleh kisah sy, di dalam kisah itu mengisahkan ttg takdir Allah Ta'ala yg menemukan sy dgn beberapa kata2 yg amat berharga yang mana ianya lebih berharga dari emas.. ha apekah itu?? kisah.. kisah.. kisah...
Hari Jumaat mlm sabtu baru2 ni...
Maka bermulalah sebuah kisah yg banyak hikmahnya..
Oleh kerana hari ni sy free pada waktu ptgnya, maka sy pun bersiap utk solat maghrib berjemaah di surau Muhammadiah belakang Masjid 'ubudiah.. Mazda clair b6 turbo meluncur slumber di halangan surau. Tatkala itu, azan maghrib mula menjengah ke gegedang telinga..
Kaki dihayunkan menuju ke muka pintu surau.. Chrssssssssssss!! bedebusshhh!! Air kolah dijirus ke kaki. Allahuakhbar!! maka bermulalah sebuah ceretera antara aku dengan Tuhanku..
Setelah selesai urusanku bersama Rabbul 'Alamin, terdengar suara2 para jemaah yg 2, 3 ni yg menyatakan mlm ini ada pengajian ni Masjid Ridwaniah.. Dari riak suara mereka, penceramahnya merupakan seorg yg agak terkenal..
Fikiran ku kosong, tak tahu apa yg ptt difikirkan..
Mazda Clair B6 Turbo ku pandu ke arah pekan Kuala Kangsar, melalui Kota London.. hehe (Kuale pun ade kota London tau, x yah g U.K) Tiba2 ku teringat akan seseorang yg ku gelar Ayah, lalu mazda clair menyusuri jalan ke arah kedai ayah, tatkala itu aku melalui masjid Ridwaniah.. Ramai sungguh para yang hadir.. Teruja seketika. "mesti hebat penceramahnye" detik hati ku.
Namun aku tetap meneruskan niat utk ke kedai ayah. Apabila tiba di kedai ayah keadaan kedai masih gelap.. "hmm ayah x bukak kedai lagi". Aku berpatah balik, utk ke arah pekan, sekali lagi aku melalui Masjid Ridwaniah.. "singgah la, mungkin Allah menetapkan aku disini," sambil mata menjeling ke arah ruang2 kosong utk park kereta.
Kaki melangkah masuk ke dalam masjid, suara penceramah yg begitu tegas bergema di ruang masjid. Makin ingin tahu siapakah gerangan beliau.
Aku terus duduk di ruangan yg masih kosong, dan terus mengambil sehelai kertas yg sedang diagihankan oleh jemaah masjid. Melihat kearah kertas tersebut, hati ku berbunga2 lg utk mengetahui akan gerangan penceramah ini..
Dari susuk tubuh dan gaya pemakaiannya tidak diragui lagi beliau seorang yang alim. Akhirnya ku kenali beliau.. Ustaz Haji Subri, dari Ma'ahad AdDakwah.. ku kagum. Rupenye Takdir Allah ingin aku berada di dalam majlis yang dinaungi para Malaikatullah.. Alhamdulillah.
Teringat ku hadith Baginda sollallahu alaihi wasallam : من يريد الله به خيرا ، يفقه في الدين
Stop!!
Hehehe sebenarnya nak cite kat sahabat2 tentang isi kandungan kertas tu je, saje wat ayat lelebih, ne tau kot leh tuleh novel.. uuuuhuhu..
Beberapa ucapan yang lebih mahal dari emas.
قال أحد الحكماء : ياَ بُنَيَّ ذقت الطيبات كلها فلم أجد أطيب من العافية وذقت المرارات كلها فلم أجد أمر من الحاجة إلى الناس ونقلت الحديد والصخر فلم أجد أثقل من الدين.
Berkata Berkata salah seorang drpd para bijak pandai : Wahai anak ku, aku telah merasai segala yang baik-baik semuanya, akan tetapi aku mendapati sesuatu yg terlebih baik daripada (segala yang baik-baik) ialah nikmatnya kesihatan. Dan aku telah merasai segala bentuk kepahitan semuanya akan tetapi aku mendapati perkara yang terlebih pahit daripada pahitnya (yang pahit-pahit tadi) ialah berhajat kepada manusia, Dan aku telah memindahkan besi-besi yang berat dan batu-batu yang besar akan tetapi aku mendapati perkara yang terlebih berat daripada (besi dan batu besar) ialah (beratnya) bebanan hutang.
· من أراد زادا فالتقوى تكفيه
Barang siapa yang berkehendak akan bekalan maka Taqwa cukup sebagai bekalan.
· ومن أراد عزا فالإسلام يكفي
Dan barang siapa yang berkehendak akan kemuliaan maka Islam mencukupi baginya sebagai kemuliaan.
· ومن أرادا عدلا فالحكم الله يكفيه
Dan barang siapa yang berkehendak akan keadilan maka Perundangan Allah cukup baginya sebagai keadilan.
· ومن أرادا أنيسا فذكرالله يكفيه
Dan barang siapa yang berkehendak akan teman hidup maka berzikir kepada Allah cukup baginya sebagai teman hidup.
· ومن أرادا جليسا فالقرءآن يكفيه
Dan barang siapa yang berkehendak akan teman duduk maka Al-Quran cukup baginya sebagai teman duduknya.
· ومن أرادا واعظا فالموت يكفيه
Dan barang siapa yang berkehendak akan sesuatu peringatan maka mengingati Mati cukup baginya sebagai peringatan.
· ومن أرادا الغنى فالقناعة تكفيه
Dan barang siapa yang berkehendak akan Kekayaan maka sifat memadai apa yang ada cukup baginya sebagai kekayaan.
· ومن أرادا زينة فالعلم يكفيه
Dan barang siapa yang berkehendak akan perhiasan maka Ilmu cukup baginya sebagai perhiasan.
· ومن أرادا راحة فالأخرة تكفيه
Dan barang siapa yang berkehendak akan kerehatan maka Negeri Akhirat cukup baginya sebagai tempat rehatnya.
· ومن لم يكفه كلُّ هذا ، فالنار تكفيه.
Dan barang siapa yang tidak mencukupi semua ini (dalam hidupnya), Maka Nerakalah cukup baginya (tempatnya).
SeSekian Dahulu buat kali ini.. c u later. AsSalamu 'alaikum wa rahmatullah.
A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari Location : Malaya Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah Toriq : Asy-Syaazuliyyah Status : Ummu Haura' Muhammad Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya