"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

Kenapa perlu Thariqah Tasauf
Feb 8, 2009
Assalamualaikum warahmatullah,

Segala puji hanya bagi Allah Ta'ala, Pemilik alam ini. Allah tidak berhajat kepada tempat malah RahmatNya berada Segenap pelusuk Dunia. Selawat dan Salam kepada Sayyidina Muhammad S.A.W dan ahli keluarganya serta Sahabat-sahabat Baginda.

Kebanyakan orang diluar sana sering memberikan tanggapan yang berbagai-bagai tentang thariqah kesufian. Ada yang beranggapan ianya adalah berjalan @ duduk sambil memegang tasbih untuk mengamalkan zikir, ada yang menggambarkan ianya zikir beramai-ramai dengan goyangan badan, ada yang membayangkan ianya sebuah majlis yang perlu ada bai'ah, ada yang menyatakan ianya majlis mengalunkan qhasidah selawat dan bermacam-macam tanggapan lagi.

Sebenarnya tanggapan ini tidaklah salah cumanya ia adalah adalah juzuk-juzuk kecil dalam thariqah sufiah. Adapun tanggapan-tanggapan diatas, secara warasnyapun tidak mengandungi unsur-unsur batil. Jadi tidak perlulah ia dipandang dengan mata sebelah (kerana mata sebelah tu kan ciri2 dajjal laknatullah). Atau dianggap remeh.

Sebelum kita pergi lebih jauh, kita pergi kepada asas-asa beragama. Tentu para sahabat sudah mengetahui bahawa rukun agama terdiri diatas tiga perkara yang dijadikan "Din" cara hidup. Iaitu :
1. Islam
2. Iman
3. Ihsan

Islam adalah melaksanakan dan mentaati apa yang datang dengan Nabi Muhammad S.A.W dalam skop hukum-hukum syar'ie. Dan Islam juga adalah agama yang diterima disisi Allah S.W.T yang dipilihNya untuk hambaNya. Dan Allah sesekali tidak akan redha agama selainnya.

Iman pula membenarkan secara tetap dan pasti dengan setiap perkara yang diketahui dengan kemahuan @ keperluan yang datang dari Nabi S.A.W dengannya dari sisi Allah S.W.T. Juga dikatakan membenarkan dengan hati, meluahkan dengan kata-kata, dan mengamalkan dengan perbuatan.

Manakala Ihsan bermaksud menghalusi ibadah dan menunaikannya atas wajah apa yang diperintahkan, daripada khusyuk, rasa rendah diri, ikhlas dan menghadirkan ibadah tersebut. Dengan kata lain, Ihsan ialah satu ilmu yang difardukan keatas seseorang hamba dari sudut batinnya daripada akhlak hati. Dan ia dinamakan dengan ilmu tasauf, dan ia merangkumi atas tiga perkara :
1. Berenggang dari Negeri Tipudaya
2. Mendekatkan ke Negeri Abadi
3. Bersedia menghadapi kematian sebelum datang ajal.

Berkata As-Sayyid Muhammad Siddiq Al-Ghumari dalam Risalah Beliau (Intishar Li Thariqi As-Sufiyyah) : Sesungguhnya Ihsan sebagaimana dalam hadis tersebut (berkenaan Islam, Iman dan ihsan) adalah ibarat dari tiga rukun yang disebutkan. Barang siapa tidak menyempurnakan rukun Ihsan yang mana ia merupakan thariqah (jalan) maka tanpa ragu-ragu lagi bahawa agamanya tidak sempurna kerana dia meninggalkan satu rukun dari rukun-rukunnya. Ghayah atau kemuncak matlamat apa yang diseru dan diisyaratkan oleh thariqah ialah maqam Ihsan setelah memperbetulkan Islam dan Iman.

Jadi disini saya ingin meng"highlight"kan apa yang dikatakan dengan Ilmu tasauf @pun thariqah sufiah @ dalam bahasa Melayunya Jalan Kesufian. Berdasarkan penjelasan mengenai Ihsan tadi, jelaslah menunjukkan bahawa kesufian adalah berasal dari Islam. Malah secara langsung menolak dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa kesufian berasal dari Syiah(extremist) yang dibawa oleh Abdullah bin Saba' yang merupakan seorang Yahudi.

Seperti yang diketahui, di dalam kesufian amat menitikberatkan soal kepentingan ilmu, mujahadah dan penyucian jiwa, mengamalkan zikir-zikir yang membawa mendekatkan diri kepada Allah, mengamalkan akhlak-akhlak yang terpuji seperti zuhud, wara', sabar, ikhlas dan sebagainya. Kesemuanya adalah untuk menuju kepada mengharapkan keredhaan Allah S.W.T.

Menjawab apa yang dikatakan oleh Rasul Dahri dalam ceramahnya, katanya "Setiap Orang Sufi mesti jadi Kuburi iaitu penyembah kubur". Apa yang dikatakan oleh Rasul Dahri ini adalah salah dan kata-kata amat jahil sekali. Kononnya beliau menterjemahkan kesufian sebegini adalah kerana orang-orang sufi kelihatan selalu melakukan ibadah ini sekitar kubur Nabi dan para wali-wali Allah. Memang pada zahirnya para nabi dan wali-wali Allah telah meninggal dunia tetapi pada hakikatnya mereka hidup disisi Allah Ta'ala.

Cubalah beza apakah yang dimaksudkan dengan penyembahan dengan tawassul. Adakah kedua-duanya sama ertinya??

Syeikh Juddah (Mesir) menjawab hukum tawassul dengan memberikan dalil yang simple dari Firman Allah S.W.T yang bermaksud : "Dan apabila kamu (wahai Muhammad) ditanya oleh hambaku tentangku, (katakanlah) Maka Sesungguhnya Aku hampir" _Rujuk Fatwa Ali Jum'ah.

Kenapa perlu menyertai Thariqah Tasauf?? Disini teramatlah banyak manfaat yang akan kita dapati samaada secara sedar mahupun tidak.

Dan pada saya, jika kita mencintai seseorang mestilah kita sering menghubunginya, mendoakan untuknya dan sebagainya. Apatah lagi jika rindu, sudah pasti kita menyebut namanya melihat gambarnya, mengingat kembali kenangan bersama mereka. @ begitu juga dengan harta benda, contohnya sebuah kereta, sudah tentu jika ianya kotor kita cuci, apabila tercalar dipolishkan hatta dengan baju yang kita pakai sendiri sanggup digunakan untuk menghilangkan kotoran yang ada.

*Jadi bagaimana pula mahu membuktikan cinta dan rindu kepada Allah dan RasulNya???
*Bagaimana cara untuk menghargai hati yang dikurniakan Allah???

Maka dalam thariqah tasauflah ada kunci dan pintunya. Didalamnyalah terdapat banyak pelajaran untuk mendidik hati supaya dekat dengan Allah dan RasulNya.

Akhlak terpuji dari hati yang bersih dan suci,
Untuk memiliki hati yang bersih dan suci
"lu piker la sendiri"

Setakat ini dahulu, sebelum saya mengakhiri kalam ini. Ingatlah hargailah peluang yang ada, kerana peluang itu tidak selalunya menyebelahi kita.

Labels:

posted by faQirilallah @ 2/08/2009 03:13:00 AM   0 comments
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com