"اَلَلَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كاَمِلَةً ، وَسَلِّمْ سَلاَماً تاَماً عَلَى سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ الَذِيْ تَنْحَلُّ بِهِ العُقَدُ ، وَتَنْفَرِجُ بِِهِ الكُرَابُ ، وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ ، وَتُنَالُ بِهِ الرَغَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتِيْمِ ، وَيُسْتَسْقَىْ الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الكَرِيْمِ ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَّسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ" ...PenaKu Merah KertasKu Putih Dan Aku Akan Terus Menulis... "بسم الله الرحمن الرحيم "
Agen
REBUT 5 SEBELUM 5
Secotet Kalam
إِقْـرَاء خـَيْرُ مَا تَجِدْ ، أُكْتـُبْ خَـيْرُ مَا تَقْرَاء ، إِحْفَـظْ خَـيْرُ مَا تَكْتُبْ
\\\ ___( ", )___ ///
Orang Berfikiran TINGGI Gemar Bicara tentang ILMU
Orang Berfikiran SEDERHANA Gemar Bicara tentang PERISTIWA
Orang Berfikiran RENDAH Gemar Bicara tentang ORANG LAIN
Orang Berfikiran CETEK Gemar Bicara tentang DIRI SENDIRI
\\\ ___( ," )___ ///
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah


Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.."

Egypt
MyMalaysia
Meninggalkan Solat Meruntuhkan Agama

Chit Chat


Shoutbox

Free Hit Counters


Jangan Lupa Mengingati Allah

Akhbar Online

Rindu bertandang lagi, dikala 12 Robi'ul Awwal menjelang tiba.. Sollu AlanNabi...
Feb 25, 2010
Assalamualaikum warahmatullah,

Rabi'ul Awwal menunjukkan wajah, hati2 insan yang kasihkan Kekasih mula menjadi sayu merindu..
Aku mula merindukan suasana majlis maulid nabi yang pernah aku sertai.. rindu.. Mesir seolah menggamit aku..
Yang pastinya, diwaktu ini suasana Tanah Kinanah ini meriah dgn majlis2 maulid disetiap pelusuk tempat..
Adusss!! rinduuunye.. Tentu puji2an dan selawat bergema dan terus bergema..


Sukar nak diceritakan betapa indahnya majlis2 ini.. Lebih indah dari majlis perkahwinan kita @pun orang yg terdekat dgn kita..


Selawat serta Salam ku utuskan buat Mu ya Rasulullah S.A.W.


Tahukah sahabat2 kenapakah kita digalakkan menyambut Maulid Nabi Muhammad S.A.W?

Sudah pasti terdapat fadhilat2 @ keistimewaan2nya.. Seperti juga diri kalian, menyambut hari kelahiran kekasih pujaan hati kalian dengan berbagai cara termasuklah hadiah, suprise party dan sbgnya.. Demi membuatkan dia lebih sayang @ menunjukkan kalian menghargai dan menyayanginyakan ??
Rasulullah S.A.W sepatutnya kita lakukan lebih dari itu.. kerana Bagindalah kita hari ini bahagia dengan nikmat Iman , Islam dan Ihsan..

Kelebihan menyambut Maulid Kek
asih Allah ini, saya petik dari sebuah kitab "Biografi Bercahaya Muhammad Rasulullah S.A.W" yang dikeluarkan oleh Ahmad Lutfi b. Abdul Wahab Al-Linggi.

1. Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq Radiyyallahu 'anhu menyatakan : "Siapa yang menafkahkan satu dirham untuk majlis membaca maulid nabi S.A.W. Maka dia akan menjadi temanku di dalam Syurga".

2. Telah berkata Sayyidina Umar al-Khattab Radiyyallahu 'anhu : " Sesiapa yang membesarkan hari kelahiran Nabi S.A.W. Maka sesungguhnya dia telah menghidupkan Islam".


3. Telah berkata Sayyidina Uthman ibn 'Affan Radiyyallahu 'anhu : " Sesiapa yang menafkahkan satu dirham untuk majlis membaca maulid Nabi S.A.W. Maka seolah-olah dia menyaksikan peperangan badar dan Hunain".


4. Telah Berkata Imam Hasan al-Basri radiyyallahu 'anhu : "Aku suka sekiranya aku mempunyai emas setinggi gunung Uhud. Maka aku akan membelanjakannnya untuk membaca maulid Nabi S.A.W".


5. Telah berkata Imam asy-Syafi'e radiyyallahu 'anhu : " Sesiapa yang menghimpunkan saudaranya (sesama Islam untuk mengadakan majlis maulid Nabi S.A.W, menyediakan makanan dan tempat serta melakukan kebaikan dan dia menjadi sebab dibacanya Nabi S.A.W itu, maka dia akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T pada hari qiamat bersama ahli Siddiqin (orang-orang yang benar), Syuhada' dan solihin serta berada di dalam syurga-syurga Na'im".


6. (Kitab I'anah at-Tolibin)

Menceritakan, pada zaman pemerintahan Harun ar-Rasyid, terdapat seorang pemuda di basrah yang tidak elok perangainya. Maka penduduk Basrah memandang keji terhadapnya.

Tetapi apabila tiba Rabi'ul Awwal, pemuda tersebut membersihkan pakaiannya, memakai wangi-wangian dan pakaian yang cantik mengadakan kenduri kerana menyambut Maulid Nabi S.A.W dan meminta orang ramai supaya membacakan Maulid Nabi S.A.W dalam majlis tersebut.

Pada setiap tahun, apabila tiba Rabi'ul Awwal, dia akan melakukan sedemikian hingga ke akhir hayatnya. Setelah dia meninggal dunia, maka penduduk Basrah mendengar satu suara yang berkata, "Pergilah wahai penduduk Basrah dan saksikanlah jenazah seorang wali dari kalangan wali Allah S.W.T. Sesungguhnya dia merupakan seorang yang mulia disisiKu". Maka penduduk Basrah pun pergi menziarahi jenazahnya dan mengebumikannya.

Allah, Allah.. Subhanllah.. inilah kelebihan dan rahsia yang tersirat dan tersurat disebalik menyambut maulid Nabi S.A.W.

Jadi sy rasa apa yang patut disampaikan telah pun sy sampaikan, sahabat2 sekalian mempunyai akal yang waras.. ambillah istifadah serta iktibar dari apa yang disampaikan. Moga sama2 kita mendapat redha dan kasih sayang Allah dan Kekasihnya..

"Selamat Menyambut Maulid Rasulullah S.A.W"

"Allahumma Solli wa Sallim wa Barik 'alaihi wa 'ala Aalih"

Wallahu 'alam..

Labels:

posted by faQirilallah @ 2/25/2010 06:58:00 PM   0 comments
Powered by
ade cerita ttg aku

A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari
Location : Malaya
Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah
Toriq : Asy-Syaazuliyyah
Status : Ummu Haura' Muhammad
Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya


Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, Yang Pertama.. Tanpa Ada Yang Mengawali, Yang Terakhir.. Tanpa Ada Yang Mengakhiri, Yang Tak Terlihat.. Oleh Pandangan Orang Yang Memandang, Yang Tak Tergambarkan.. Oleh Bayangan Orangg Yang Membayangkan, KAU Ciptakan Makhluk.. Dengan KekuasaanMU, KAU Ciptakan Segala Sesuatu.. Dengan KehendakMU, Segala Puji Ya ALLAH, Yang Memberi Kami Kemampuan.. Untuk Mensyukuri NikmatMu, Yang Membuka Bagi Kami.. Pintu-Pintu Ilmu KeilahianMu, Segala Puji Ya ALLAH, Dengan Segenap Pujian Yang Dikumandangkan.. Para Malaikat.. Dan Sekalian Makhluk Yang Dimuliakan, Segala Puji BagiMU, Atas Nikmat Yang KAU Berikan.. Kepada Kami.. Hamba-HambaMU.. Yang Telah Mendahului.. Mahupun Yang Akan Datang Kemudian, Pujian Kami Aturkan kepada MU.. Sebagai Penghubung Untuk MentaatiMU.. Dan Meminta Ampunan, Sebagai Penyebab Memperoleh Redho.. Pengantar Jalan..Menuju Syurga Segala Puji BagiMU Ya ALLAH, KAU Ciptakan Kami Sebagai Hamba, Dan Sebagai Umat Nabi Muhammad.. KekasihMU. ______________ __________________ _____________________

Previous Post
Archives

HotLink's
Semasa
Club's
Rakyat A.K.A Kerajaan
Blogger's Clan'z


Muaaahh Islam

Komuniti Blogger Azhari

BLOGGER

© 2005 Aboo Haura' Hidayatullah Al-Azhari Blogspot Template by Isnaini Dot Com