الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله و أصحابه أجمعين
Baru-baru ini
Pulang dari Kampung menuju ke KL, sambil driving mendengar Rakaman Pengajian
Kitab Syarah Hadith Jibril A.S yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nazrul
Abd.Nasir. Beliau membaca beberapa hadith, dan antara hadith yang sentiasa
teringiang-ngiang difikiran hingga ke hari ini ialah :-
Baginda Nabi
Muhammad shallallahu’alaihi wasallam bersabda :
“Bantulah penyelesaian hajat-hajat kalian dengan menyembunyikan (hajat tersebut), kerana setiap orang yang memiliki nikmat pasti akan ada yang dengki.”
[H.R Imam At-Thabrani]
Maka ibrah yang boleh diambil dari hadith ini ialah :- Sebelum berkongsi
nikmat / keseronokan yang kita perolehi sama secara perbualan bersemuka /
upload di Facebook / Whatsapps / Instagram dan apa juga, fikir dahulu @ renung
kembali apa yang disabdakan oleh Baginda Nabi S.A.W.
Banyak
kemungkinan akan tercetus dari nikmat yang kita semangat untuk kongsikan (pamerkan) kepada umum antara :
1. Orang iri hati /
dengki. Jelas seperti yang disabdakan oleh baginda Nabi.
2. Kita akan
membuatkan orang yang tidak diberi nikmat tersebut bercita-cita (terliur) untuk
mendapatkannya sedang ia belum mampu.
3. Khuatir nikmat
tersebut akan membuatkan kita ujub, riak atau takabbur. Yang akan
membatalkan/menghapus pahala kebaikan tersebut.
Dan lain-lain lagi.
Malah musibah juga
perlu disembunyikan, Imam Muhammad bin Idris Asy-Syafi'i Rhm berkata : "Kemuliaan jiwa seseorang ada pada tiga perkara : √ Menyembunyikan kefaqiran hingga orang lain menyangka bahawa engkau berkecukupan. √ Menyembunyikan kemarahan hingga orang lain menyangka bahawa engkau redha. √ Menyembunyikan penderitaan hingga orang lain menyangka bahwa engkau hidup senang."
(Manaqib asy-Syafi'i, jilid 2 hlm. 188)
Maka kesimpulannya
sembunyikanlah perkara baik atau nikmat yang kita perolehi, supaya sentiasa menjaga mashlahat bersama dan mengelak mafsadat seperti fitnah dan sebagainya.
Al-Hamdulillah was Solatu wa Salamu 'ala Sayyidina wa Maulana wa Habibina Rasulillah S.A.W. wa 'ala aalihi wa ashabihi ajma'in. Amma ba'du..
Sekadar tazkirah untuk diri sendiri dan semua ahbabul kiram.
Ramai dikalangan kita ingin Mati di Jalan Allah. AlHamdulillah Ini niat yang baik, namun sedar @ tidak sekarang kita sedang hidup. Maka hiduplah di Jalan Allah.
Berkata Al Habib Ali Al Jufri Hafizahullah :
"Kita sering mendengar akan.. 'Mati di Jalan Allah'
Akan tetapi bagaimana dengan.. 'Hidup di Jalan Allah?!'
Hidup di Jalan Allah S.W.T lebih sulit dalam menjalani Jihadnya dan lebih besar dalam UjianNya dan lebih panjang kesulitannya. Apalagi di zaman fitnah ini.
Dan barangsiapa yang hidup di Jalan Allah, Maka akan MATI di Jalan Allah."
Bagaimana hidup di Jalan Allah S.W.T?
- Jawapannya di Dalam Ilmu Tauhid, Ilmu Fiqh & Ilmu Tasauf. Maka pelajari dan amalkan.
Tegahan Sebar Berita Yang Tidak Pasti Kebenarannya
Nov 12, 2015
As-Salamu'alaikum
wa Rahmatullah,
Al-Hamdulillah
was Solatu wa Salamu 'ala Sayyidina wa Maulana wa Habibina Rasulillah S.A.W. wa 'ala aalihi wa ashabihi ajma'in. Amma
ba'du,
Semoga
Allah Ta'ala mengampuni al-fagir, para Al-Muridin, para Al-Ahbab dan seluruh
Muslimin & Muslimat.
Kini
telah menjadi budaya kita semua, apabila menerima suatu perkhabaran @ berita
disebarkan seluas-luasnya tanpa sebarang usul periksa. Malah lebih malang lagi,
kita pula yang menghukumnya serta turut mengulas seolah-olah mahir dalam bidang
tersebut.
Secara
sedar mahupun tidak, sebenarnya kita telah termasuk ke lembah fitnah, malah
kita telah melanggar arahan Allah dan Baginda Nabi S.A.W :
“Apabila datang kepada mereka suatu
berita tentang kemenangan @ ketakutan, mereka menyiarkannya. Kalau saja mereka
menyerahkannya kepada Rasul & ulil amri di antara mereka, tentulah orang²
yang ingin mengetahui kebenarannya akan dapat mengetahuinya dari mereka (Rasul
& ulil amri). Kalau bukan kerana kurniaan & rahmat Allah kepada
kalian, tentu kalian mengikuti syaitan, kecuali sebagian kecil saja (di antara
kalian).”
_(an-Nisa: 83)
Sebab
Turunnya Ayat ini ialah :
Semoga
Allah merahmati Ibnul Jauzi dalam Zadul Masir menyebutkan bahawa ada dua
pendapat tentang sebab turunnya ayat ini.
1.
Berdasarkan riwayat yang hanya dikeluarkan oleh al-Imam Muslim (Semoga Allah
merahmatinya) dari Ibnu Abbas Radhiyallahu anhu, dari Sayyidina Umar Radhiyallahu anhu. Ketika Baginda Nabi S.A.W
mengasingkan diri dari isteri-isteri baginda, Sayyidina Umar masuk ke
dalam masjid & mendengar manusia mengatakan bahawa Baginda Nabi S.A.W telah menceraikan isteri-isterinya. Lalu
beliau menemui Baginda Nabi S.A.W seraya
bertanya, “Apakah Tuan telah menceraikan isteri-isteri Tuan?” Baginda Nabi
menjawab, “Tidak.” Sayyidina Umar pun keluar sambil menyeru, “Ketahuilah,
Rasulullah tidak menceraikan isteri-isterinya.” Lalu turunlah ayat ini.
2.
Berdasarkan riwayat yang dikeluarkan oleh Abu Shalih dari Ibnu Abbas Radhiyallahu anhu, Baginda Rasulullah S.A.W mengutus sariyyah (pasukan khusus
yang jumlahnya 4 sampai 400 orang). Kemudian terdengar berita bahwa mereka
menang @ kalah. Akhirnya orang-orang
membicarakan & menyebarluaskan berita tersebut. Mereka tidak
bersabar hingga Baginda Nabi S.A.W yang menyampaikan berita itu, kemudian
turunlah ayat ini.
Al-Imam
Muslim Rhm (kitab Shahih), menyebutkan sebuah riwayat dari Abu Hurairah
radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda bersabda :
“Seseorang itu dianggap telah berdusta apabila
memberitakan seluruh perkara yang ia dengar.”
Ayat
di atas juga mengandungi larangan kepada kita supaya terburu-buru menyiarkan
sesuatu berita @ info apabila pertama kali mendapatnya @ mendengarnya. Kita
diperintahkan untuk memikirkan dan menelitinya terlebih dahulu sebelum
menyampaikannya, apakah hal itu membawa maslahat (kebaikan umum) apabila
disampaikan atau tidak ada manfaat sehingga tidak boleh disebarkan.
Khawatirlah
apabila sesuatu perkara itu tersebar dengan sebab mulut @ tangan kita, secara
tidak sedar kita telah menyebarkan berita yang mengandungi Fitnah yang akhirnya
akan menzalimi orang lain. Yang balasannya dari sisi Allah amatlah pedih.
Mudah-mudah kita dipelihara Allah Ta'ala dari demikian.
Dari
Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, sesungguhnya Baginda Rasulullah S.A.W telah
bersabda (Maksud):
“Barang siapa yang beriman kepada Allah &
hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang
beriman kepada Allah dan hari akhirat..” Au ka ma qal.
Solat Sunat Tasbih Selepas Maghrib : Hidupkan Malam Ramadhan
Jul 15, 2015
السلام عليكم
ورحمة الله تعالى وبركاته
الحمدلله رب
العالمين والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله و
أصحابه أجمعين.
Perkongsian
sempena Ramadhan Al-Mubarak,
Kami
ketika mengikuti Daurah Ilmu 40 Hari di Hadhramaut, Yaman mengikut jejak para
Tuan-tuan Guru disana yang mengamalkan solat sunat ini disepanjang Ramadhan
setiap kali selepas berbuka puasa dengan cara seperti berikut :
Berbuka puasa dengan makanan yang ringan iaitu antaranya 3 biji kurma, air kosong yang disejukkan, kopi halia segelas kecil dan sedikit juadah lain,
Kemudian bergegas menunaikan Solat fardhu maghrib berjamaah & wirid (merebut takbir pertama bersama Imam),
Kemudian melaksanakan Solat sunat Ba'diah Maghrib 2 rakaat,
Kemudian melaksanakan Solat Sunat Tasbih 2+2 Rakaat secara berjemaah.
1 Rakaat 75x
Tasbih, Tahmid, Tahlil & Takbir X 4 Rakaat maka berjumlah 300x Tasbih, Tahmid, Tahlil & Takbir.
Kemudian makan
berat @ zikir sementara menunggu masuknya waktu solat fardhu Isyak.
Maka
menjadikan 6 Rakaat solat sunat selepas Maghrib.
Mengapa
Amalan Solat Sunat yang dipilih ?!
Wallahu'alam. "kami hanya menuruti jejak Tuan-Tuan Guru Kami yang mulia".
Namun
kalau dilihat kepada garis panduan yang diberikan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W dan para Ulama, adalah seperti berikut :
Dalam
Hadith yang diriwayatkan oleh Adaylami, Baginda Rasulullah bersabda (maksud) :
“Diamnya seorang yang sedang berpuasa
merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadah, Doanya mustajab dan amalan baiknya
dilipatgandakan”.
Sebuah
Hadith Qudsi, Sabda Baginda Nabi Muhammad S.A.W (maksud) :
"Setiap amalan anak Adam adalah digandakan
pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berfirman Allah SWT :
Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan
membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka
(di siang hari) hanya keranaKu."
(HR Imam Al-Bukhari & Imam Muslim)
Dari
Salman Radhiallahu ‘anhu, katanya : Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan kami
pada hari terakhir daripada bulan Syaaban. Baginda bersabda (maksud) :
“Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan
yang sentiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada
satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah telah
menjadikan puasa-Nya suatu fardu dan qiam di malam harinya suatu tatawwu’ (ibadah
sunat). Barang siapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan
kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardu di
bulan yang lain. Dan barang siapa yang menunaikan suatu fardu dalam bulan
Ramadan maka samalah nilainya dengan orang yang mengerjakan 70 fardu pada bulan
yang lain.”
(H.R Ibnu Khuzaimah)
Maka
diantara waktu Maghrib dan Isyak, ada satu jaminan daripada baginda Nabi
Muhammad S.A.W kepada mereka yang melakukan Solat Sunnat Rakaat.
Tahukah
kita tentang fadhilat solat sunat 6 rakaat setelah fardhu maghrib?!
Keutamaan
solat tersebut berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W. bersabda (maksud) :
“Siapa yang solat 6 rakaat tanpa disela dengan
pembicaraan buruk, ia senilai ibadah selama 12 tahun.”
(HR Imam at-Tirmidzi)
Diriwayatkan
dari Ammar bin Yasir, Rasulullah S.A.W. bersabda (maksud) :
"Barangsiapa
melakukan solat 6 rakaat setelah maghrib, maka diampuni dosanya meskipun
sebanyak ombak lautan".
(HR Imam at-Tabrani)
*
Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah meriwayat hadis yg sama.
Dan
mengapa solat Tasbih yang dipilih untuk dilakukan?!
Solat sunat Tasbih ini
telah diajarkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W kepada Saidina Abbas bin
Muththalib. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda (maksud) :
“Jika
kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka
lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau
seumur hidup sekali .“
(HR Imam Abu Daud dan Imam Ibnu Majah)
Ketika dipengajian, kebanyakan guru selalu berpesan sesuatu ilmu perlu
diamalkan setelah dipelajari, jika tidak dapat diamalkan setiap hari, maka
amalkanlah seminggu sekali (Hari yang paling mulia : Jumaat), jika tidak mampu
maka amalkanlah sebulan sekali, jika tidak mampu maka amalkanlah setahun sekali
iaitu hari Jumaat dibulan Ramadhan kerana gandaan amalan telah dijanjikan oleh
Allah S.W.T.
Baginda Rasulullah S.A.W mengajarkan kepada bapa
saudaranya bahawa kelebihan sembahyang sunat Tasbih itu sangatlah besar
sebagaimana hadis Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma (Maksud) :
“Jika engkau membuat yang sedemikian itu,
Allah menghapuskan dosamu, baik yang terdahulu, yang sekarang, yang sudah lama,
yang baru, yang tidak disengaja, yang sengaja, yang kecil, yang besar, yang
tersembunyi mahupun yang terang-terangan.”
(HR Imam Abu Daud)
Menurut
Imam Taj as-Subki dan ulama-ulama yang lain, apabila orang telah mendengar
kelebihan sembahyang sunat Tasbih itu, dan ia tinggalkan yakni tidak membuatnya
maka ia tergolong daripada orang yang mencuaikan agama.
Maka
pilihan Solat Sunat Tasbih ketika di Ramadhan dan pada waktu maghrib adalah
mempunyai sebab musabab yang dikaji dan diteliti oleh para Ulama, tambahan pula
ketika itu Nafsu melonjak-lonjak untuk menjamu selera, namun keutamaan
diberikan untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta'ala dengan Solat Sunnat yang
telah digariskan oleh Ulama'.
Tidakkah
ini perkara yang baik dalam menghidupkan Malam-malam di Ramadhan!?
Qiyamullail
di Ramadhan bukan sekadar di waktu sebelum subuh setelah tidur, Qiyamullail di
Ramadhan bermula setelah masuknya waktu Maghrib hinggalah sebelum Sahur.
Wallahu'alam.
Jom
jadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Selamat beramal..
Sekadar
perkongsian dari pengetahuan alfaqir yang banyak kekurangan, Mohon para tunjuk
ajar daripada para masyaikh dan asatizah..
AlHamdulillah wasSolatu wasSalamu ala Rasulillahi wa 'ala alihi wa sohbihi
ajma'in..
AlHamdulillah,
kini Jubah makin menjadi trend anak Muda, malah juga golongan otai2.. Ini satu
fenomena yang baik, jika dibandingkan dengan trend barat yang menjadi ikutan..
Namun
didalam menjadikan Jubah sebagai pakaian harian, di ramadhan @ 'idul fitri nanti
perlulah menjaga adab sebagai seorang muslim (pergaulan, percakapan, perlakuan
Dan lain2). Jangan nanti dek Jubah yg kian menjadi trend, adab sebagai Muslim
diketepikan, Imej Islam dipandang tidak indah..
Permakaian
Jubah, akan dikira sebagai Ibadah, malah mengikut Sunnah Baginda Nabi Muhammad
S.A.W, bila mana menepati ciri-ciri berikut :
-
Pakai dengan niat mengikut perintah Allah S.W.T iaitu menutup aurat.
-
Semata-mata kerana dambakan Redha Allah bukan Pandangan Manusia.
-
Lengan Baju Baginda S.A.W hingga dipergelangan tangan.
-
Labuhnya tidak menutupi buku lali.
-
Warna pakaian Baginda Rasul S.A.W : Putih, Hitam, Hijau, Merah, Kuning Za'faran
dll
-
Jenis Cotton adalah kain kesukaan Baginda S.A.W.
-
Menjaga adab perlakuan, pertuturan, pergaulan sebagai seorang Muslim sebenar.
Sekian,
Wallahu'alam.
Sekadar
perkongsian dari pengetahuan alfaqir yg byk kekurangan, Mohon para tunjuk ajar
Dr masyaikh dan asatizah..
Cukur @ Tipiskan rambut di sebagian kepala (QAZA')
Dec 15, 2014
As-Salamua'alaikum wa Rahmatullah..
Alhamdulillah was Solatu was Salamu ala Rasulillah wa 'ala aalihi wa ashabih.
Baru-baru ini semasa perkongsian ilmu di Surau Perdana, Damansara Perdana, alfagir diajukan soalan berkenaan dengan hukum menipiskan sebahagian rambut dan sebahagian lagi dibiarkan. Hal demikian ialah Qaza'.
Maka dalam apa jua yang kita lakukan sementara diberi kesempatan untuk bernafas di atas muka bumi Allah ini. Lakukanlah @ jalanilah kehidupan kita ini dengan perkara-perkara yang bermanfaat untuk Agama, masyarakat dan diri sendiri. Allah S.W.T telah mengurniakan kita Umat Islam satu anugerah terbesar dalam kehidupan kita iaitu dengan diutusnya Baginda Nabi Muhammad S.A.W.
Maka cara untuk kita bersyukur dengan anugerah tersebut antaranya ialah menjadikan Baginda Nabi S.A.W sebagai contoh ikutan @ role model dalam kehidupan. Apa yang datang dari Baginda Nabi Muhammad S.A.W maka ikutilah dan apa yang menyalahinya maka jauhkan dan tinggalkanlah.
Kembali kepada Qaza', Baginda Rasulullah S.A.W melarang Qaza', iaitu potongan rambut yang dihasilkan dengan mencukur @ menipiskan rambut pada sebagian kepala dan membiarkan sebagiannya lagi.
Maka Para Ulama telah bersepakat bahawa Hukum Qaza’ adalah MAKRUH.
Imam Nawawi menyebut dalam kitab “al-Minhaj syarh sahih Muslim” (maksud):
Sepakat ulama bahawa makruh Qaza’ sekiranya cukur dibeberapa tempat dan dikecualikan sekiranya untuk tujuan perubatan. Maksud Makruh disini ialah makruh yang biasa (bukan makruh tahrim).
Di dalam Mazhab Al-Imam AsySyafi’I Rhm, Imam Nawawi Rhm berkata dalam kitab “Raudatut Talibin” (maksud):
Makruh Qaza’ iaitu mencukur sebahagian kepala samada ditempat yg berbeza atau tempat yang sama.
Larangan melakukan Qaza' ini telah disebut dengan jelas di dalam hadits dari ‘Abdullah bin ‘Umar R.A katanya (maksud) :
"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W melarang daripada melakukan qaza‘ (mencukur sebagian dari rambut kepala)."
(H.R Imam al-Bukhari & Imam Muslim)
Dalam hadits yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar R.A (maksud) :
"Sesungguhnya Nabi S.A.W telah melihat seorang anak-anak yang dicukur sebagian rambutnya & ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Beliau bersabda: "Kamu cukur (rambut itu) semuanya @ kamu tinggalkan semuanya (tidak mencukurnya)."
(H.R Imam Abu Daud)
Hendaklah mereka yang berpegang dengan ajaran Islam, yang mengaku mencintai Baginda Nabi Muhammad S.A.W menghindari dirinya dan melarang potongan rambut model ini kepada orang-orang yang berada disekeliling mereka.
Hal ini kerana LARANGAN dari BAGINDA NABI MUHAMMAD S.A.W malah potongan jenis ini meniru potongan rambut orang-orang kafir dan orang-orang yang lalai dengan Allah S.W.T dan lain-lain.
Baginda Rasulullah S.A.W sudah mengingatkan dalam sabdanya (maksud) :
“Sungguh kamu benar-benar akan mengikuti cara hidup orang-orang sebelumnya, sejengkal demi sejengkal, sehingga seandainya mereka itu masuk ke lubang biawak, pasti kamu akan mengikuti juga. Para sahabat bertanya; “Apakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Jawab Rasulullah S.A.W : "siapa lagi kalau bukan mereka.”
(H.R Imam Muslim)
Dalam bab menyerupai golongan Kafir, sebahagian Ulama' mengharamkannya.
Kesimpulannya didalam bab ini terdapat beberapa kesimpulan :
1. Melakukan Qaza' adalah Makruh menurut Kesepakatan para Ulama.
2. Melakukannya dengan niat mencontohi seseorang aktor yang bersalahan dengan Agama Islam bukanlah Jalan Menuju Redha Allah S.WT. Malah membelakangkan Sunnah Rasulullah S.A.W.
Wallahu a'lam bissowab.
Mudah-mudahan Baginda Nabi Muhammad S.A.W memandang kita dan mendapat Syafaat Dari Baginda diakhirat nanti kerana sentiasa berusaha untuk mencontohi Sunnah Baginda.
Mohon kepada para Alim Ulama', Masyaikh dan asatizah sekiranya ada kekurangan dan kesalahan, mohon ditegur dan diperbetulkan. Jazakumullahu Kher.
Ya Allah, Ampunkan Kami & seluruh muslimin muslimat yang sentiasa berbuat dosa,
Terkadang kami terbuat perkara yang Engkau & Nabi-Mu murka,
sedangkan ketika itu kami terlalai dan kami terleka,
mungkin kami melakukannya pada ketika itu sedang kami tiada mengetahuinya..
Sedikit
perkongsian "kulsat" iaitu kuliah sekejap @ kuliah ringkas selepas
solat subuh di Masjid AlHidayah Sg Penchala tadi, sempena hari tasyu'a..
"Penggunaan
Rida'"
Rida'
adalah selendang @ kain yang disangkut pada bahu yg dibawa kemana shj
terutamanya ketika beribadah iaitu kemajlis ilmu @ ke masjid. (pengertian ini
menurut apa yg alfaqir faham)
Menurut
Imam Asy-Syafi'i Rahimahullah :
(yg
maknanya, والله
أعلم، مراده بذلك )
"Kalau
engkau tiada rida' untuk disangkut, maka tali kasut engkau bukakan untuk
digantung."
Dari
sayyidina Umar Radhiyallahu 'anhu :
(yg
maknanya, والله
أعلم، مراده بذلك )
"Akhir
zaman orang solat tidak memakai rida'".
Memakai
rida' adalah sunnah baginda Nabi Muhammad S.A.W.
Malah
ia merupakan pakaian perhiasan ketika solat.
Antara
rida' dan imamah(serban), maka rida' lebih dituntut digunakan.
Makruh
hukumnya membentang rida' @ sejadah kecil ketika ingin solat di masjid, hal ini
kerana seolah-olah meragukan kesucian masjid @ menimbulkan was-was, kecuali :
-
sekiranya tidak mahu najis (yg dimaafkan) pd diri sampai ditempat didirikan
solat @
-
Apabila menjadi imam kerana menjaga kesucian dan kekhusyukkan.
Untuk
rujukan, boleh buka kitab Bahrul Mazi oleh Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi, Sabilal Muhdatin oleh Syeikh Arsyad Al-Banjari dll.
Mohon
maaf sekiranya ada kekurangan, mohon teguran jika ada kesilapan..
Al-Fadhil Syeikh Abu Zaki As-Sanggafuri Al-Hadhrami
Aug 21, 2014
As-Salamu’alaikum
wa Rahmatullah,
Al-Hamdulillah
was Solatu was Salamu ‘ala Rasulillah wa ‘aalihi,
Dikesempatan
ini alfaQir ingin menulis berkenaan dengan seseorang yang baru alfaQir kenali
tatkala bermusafir ke Kota Tareem, Hadhramaut, Yaman atas tujuan mengikuti
Dawrah Musim Panas selama 40 Hari di Darul Mustafa.
Darul Mustafa, Tareem
Beliau
merupakan Tuan Guru yang banyak memberi kami nasihat dan bimbingan. Dan bersama
beliau, kami telah mengkhatamkan bacaan 2 buah kitab iaitu :
Adab Suluki Murid
, Imam Abdullah b. Alawi Al-Haddad
Pelajaran Tauhid,
Syed Abdillah Ahmad Aljufri
Dan
bersama beliau juga kami membaca sebahagian dari kitab-kitab berikut :
Nasihat Agama
Wasiat Imam, Imam Abdullah b. Alawi Al-Haddad
Sabil Al-Muhtadin,
Syeikh Arsyad Al-Banjari
Sair As-Salikin,
Syeikh Abdus Samad Al-Falimbani.
Ketika perjalanan pulang dari ke Malaysia setelah selesai Dawrah
Musim Panas, ditakdirkan beliau satu kapal terbang dengan alfaQir dan sewaktu transit Sana'a, Yaman, Al-Hamdulillah alfaQir telah diijazahkan oleh Beliau pemakaian Jubah, Imamah & Rida'.
Masjid Al-Kaff, Tareem
AL-FADHIL SYEIKH
ABU ZAKI AS-SANGGAFURI AL-HADHRAMI
Nama Beliau : Abu Zaki b. Yusuf
Umur Beliau : 48 Tahun
Asal : Singapura, mempunyai sanak saudara di daerah Johor
Status : Berkahwin
Pekerjaan :
- Mantan Imam Besar Masjid Sultan & Masjid Maqam Habib Nuh, Singapura. Kini menjadi Musyrif Ashab Melayu di Darul Mustafa, Tareem, Hadhramaut, Yaman.
Kini Menetap :
- Telah bermastautin di Kota Tareem, Hadhramaut, Yaman selama 4 tahun.
Keluarga :
- Mempunyai seorang Isteri (Isteri kedua, Isteri pertama telah meninggal dunia) dan seorang puteri yang telah berkahwin dengan al-Fadhil Ustaz Mohd Yusof b. Muzaffar (Pelajar Darul Ulum Zakariya, South Africa 10 tahun, kemudian 1 tahun di Darul Mustafa, Tareem, Hadramuat dan kini sedang buat M.A Islamic Sivilization UTM), ipar kepada Al-Fadhil Ustaz Iqbal Zain dan Al-Fadhil Ustaz Iqbal Hanif (bekas Pelajar Darul Mustafa) dan Al-Fadhil Ustaz Ahmad b. Syahdan (Pemimpin Majlis Ta'lim Darul Muhibbin, bekas Pelajar Darul Mustafa, Tareem, Hadhramaut)
Antara Tuan-tuan Guru beliau yang Mulia :
Al-Habib Abdullah Ahmad Al-Jufri, Singapura
Al-Habib Ali b. Jaafar Al-Idrus, Batu Pahat
Al-Habib Zain bin Ibrahim Bin Sumaith dan lain-lain.
Masjid Al-Saleh, Sana'a
– Yaman
Setakat ini dahulu, InsyaAllah akan di update pada masa-masa akan datang. wallahu 'alam.
Jangan Melaknat @ Mencela Orang Lain (walaupun Non Muslim)
Jun 12, 2014
Semasa di dalam
Pengajian Akbar Hidayatus Salikin di Masjid Wilayah Persekutuan baru-baru ini,
Syeikh Fahmi Zamzam (Abu Ali al-Banjari an-Nadwi al-Maliki) berpesan :
"Jangan melaknat
orang lain (walaupun orang tersebut bukan Islam) kerana hal ini menjauhkan ianya dari
Rahmat Allah Ta'ala. Sebaliknya doakan mereka, kemungkinan dengan doa tersebut
ia akan dapat hidayah daripada Allah pada masa akan datang."
Contoh :
Seandainya Si A mencuri
selipar kita diluar masjid, kemudian kita mendoakan kecelakaan (melaknat)
untuknya. Dan dengan sebab doa
tersebut ditakdirkan Si A mengalami kemalangan dan cacat anggota badan.
Di hadapan Allah Ta'ala
nanti (hari akhirat), Si A akan meminta pengadilan. Katanya :
"Ya Allah, Tuan
punya kasut hanya kehilangan kasutnya kerana dicuri oleh aku, tetapi aku telah
kehilangan anggota badan oleh kerana doanya yang melaknat aku. Aku minta
pengadilanMu Ya Allah."
Sebagai tambahan dari
saya untuk difikirkan bersama,
Oleh kerana Si A
mengalamai kecacatan anggota badan dengan sebab doa kita, dan Si A ditakdirkan
telah kehilangan kerja. Kemudian hidupnya dan keluarga tidak dapat diurus
dengan baik. Dan akan mengakibatkan lagi banyak kesan-kesan negatif.
Berbeza jika kita
mendoakan Si A (yang mencuri kasut kita) diberi hidayah dari Allah. Sekiranya
ia bertaubat berkat doa kita tadi dimaqbulkan Allah. Akhirnya dia menjadi Orang
Soleh dan dikurniakan syurga.. Nanti dihadapan Allah Ta’ala, tidak mustahil Si
A akan menarik kita masuk bersamanya ke dalam Syurga. Tambah Syeikh Fahmi Zamzam, melaknat @ mendoakan kecelaan kepada Umum, dibolehkan. Contohnya : "Semoga Allah melaknat golongan yahudi."
Berkata Sayyidina 'Ali Karramallahu wajhah :
"Aku tersilap daripada tidak menghukum, lebih baik daripada tersilap menghukum".
Kita boleh lihat dengan beberapa isu semasa yang hangat diperkatakan, antaranya Isu DNA Babi terhadap coklat Cadbury. Berapa ramai yang saling salah menyalahkan, tuduh menuduh dan sebagainya. Malah melablelkan golongan Ulama kepada perkara yang tidak sepatutnya.
Begitu juga dengan isu amalan di bulan Sya'ban. Saling menyalahkan antara pihak dan menghukumkan bid'ah terhadap pihak lain. Ini bukanlah apa yang dianjurkan oleh Islam.
Mudah-mudah kita diampunkan oleh Allah Ta'ala.
* Mohon maaf kerana
kemungkinan terdapat olahan ayat menurut kefahaman diri saya yg kurang ilmu
ini.. Mudah2an begitulah apa yang dimaksudkan oleh Syeikhuna Fahmi Zamzam.
Mohon teguran dan tunjuk ajar daripada Tuan2 Guru Yang Mulia.
A.K.A : M.S.Hidayatullah Al-Azhari Location : Malaya Pekerjaan : Khadim Masjid Al-Hidayah & Faidu Rahmah Toriq : Asy-Syaazuliyyah Status : Ummu Haura' Muhammad Mood: Penuh rasa ta'zhim ku persembahkan ketika Allah S.W.T Mentajallikan KeindahanNya